sangat terkilan rasenya hati membaca post dari FB pada mlm ni..ayatnya berbunyi lebih kurang mcm ni la:
korang semua ada tak yg punya kekasih demok (gemok) maaf le nak tau je ada ke korang pernah malu punya kekasih mcm ni??? ermmm agak2 kekasih yg mcm ni baik hati kan awak2 batul tak korang??
ramai yg berikan komen positif..tapi hakikatnya sangat negatif
aku dah lalui semua ni..semua lelaki klau di tanye ingin memiliki kekasih atau isteri yang cantik dan ramping..tipu la kalau cakap tak pandang semua tu..yuppp!! aku salah seorang perempuan yang malang yang tak cantik dan gemok..aku sangat faham situasi ni..tapi aku tak mintak semua ini..aku tak mintak untuk dilahirkan macam ni..aku sangat faham jika seseorang lelaki itu tidak menerima kekasihnya gemok kerana malu di ejek oleh teman2..takot di pandang rendah.. aku sangat faham sebab aku dah lalui semua ini.. dan aku x pernah salahkan dia sebab semua ni terjadi atas diri aku yang tidak sempurna walaupun aku cuba untuk menjadi yang terbaik untuknya.. Allah tahu segalanya..kadang2 mereka tidak berani untuk berterus terang atas kekurangan kekesih mereka takut kekasihnya 2 merajuk..tapi kalau hati dah tak suka tak yah la kau nak paksa..jangan nak HYPOKRIT sangat brooo!!! tapi walaupun aku macam ni namun aku bersyukur kerana dikurniakan tubuh badan tanpa cacat celanya.. aku terima saja apa yang orang nak kata sebab hanya aku je yang merasa..tahu dan faham!! sungguh begitu hina orang gemuk di sisi masyarakat tapi orang macam aku ni x pernah pon menyusahkan korang kan??!! setiap ciptaan Allah itu adalah sempurna. tapi sering kali juga la mak tanye aku x da hati ke nak langsing dan cantik mcm pompuan laen..leh bergaya.. makk!!..tahukah mak..apa yang Tuhan aturkan ini semua adalah jalan yang terbaik untuk anak mak..kalau sy kurus mungkin sy tidak sebaik ini,,sy tidak akan berjaya seperti hari ini..sy tidak menjadi anak yang baik..semua ini ada hikmah mak..sy x akan berbaju kurung..dan sy bukan ADALAH sy yang sekarang...sy harap mak FAHAM..
walaupun tidak sempurna di mata manusia
tapi aku juga mempunyai hati
mempunyai perasaan yg harus di jaga
bukan semua manusia sempurna
tak perlu la nak pandang rendah dan hina
kita semua sama di sisi Allah
yg membezakan amalan dan kebajikan
mungkin korang cantik
sepatutnya berterima kasih
sebab korang adalah orang yg di pilih oleh Allah
mendapatkan kesempurnaan itu..
~Bersyukur dengan apa yang dianugerahkan~

No comments:
Post a Comment