Saturday, December 31, 2011

SantaPan RohaNi...KeReTa MayAt

(Tanya sama hati, apa asal sayang, adakah tandanya, nampak dipandang…)

Aku percaya, pasangan hidup yang terbaik adalah mereka yang jarang berkomunikasi dari jarak yang jauh, jika ada apa apa hal, mereka sedaya upaya akan mencari lokasi paling hampir dengan pasangan hidup masing masing, lalu berbicara dengan lemah lembut dan perlahan.
Contoh bila isteri di dapur, suami pula dalam bilik, lalu isteri menjerit: “bang, mari makan, cepatlah, nanti makanan sejuk!.
Suami diam tak kata apa-apa.
Bang, cepatlah makan, BUAT APA TU! MARI MAKAN!!
( huruf besar bermakna suara makin kuat.)
Suamipun datang dan jerit: awak ingat saya pekak ke?
Lalu merekapun bergaduh di meja makan, bla bla bla, malas aku nak ulas. Dua dua bodoh bangang!
Hakikatnya, bercakap dari jarak yang jauh dengan orang yang kita sayang, adalah tidak bagus. Memang kita boleh menjerit dengan mereka, tapi lebih baik kita pergi hampir dengan suami anda misalnya, lagi dekat lagi bagus, jika bersentuhan lagi-lagi bagus, atau peluk dan cakap sambil berbisik. “Bang, mari makan, nanti makanan sejuk, tak best pula”, ,
InsyAllah, isteri yang berbuat demikian, suami akan fikir seratus empat belas kali sebelum mahu bercerai, InsyAllah.
*****
“Baiklah, Hamka, terima kasih atas nasihat, akak sudah mahu balik, isteri kamu mana?, akak nak bersalaman dengan beliau sekejap.”
Kata saudara perempuanku yang ziarah sempena rumah terbuka lalu akupun tinggalkan beliau di ruang tamu kerana aku tidak mahu menjerit memanggil isteriku, lantas aku kedapur, memeluk isteriku dari belakang dan berbisik.
“Puan X sudah mahu balik”.
Isteriku kegelian dipeluk aku.
15 minit kemudian, Puan X menjerit.
Woi, buat apa lama sangat kat dapur tu!
Woha!
Ps: Tanda orang sayang kita adalah mereka akan cuba bercakap dengan jarak yang paling hampir dengan kita, oleh kerana begitu hampir, kadang kadang mereka berbisik dan kita masih mampu mendengarnya, maka malam ini, apa kata kita berbisik pada Tuhan di tikar sejadah tanda sayangnya kita pada Dia. Jom!

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Allhamdullah...selamat tinggal KENANGAN 2011..selamat datang HARAPAN 2012.. semoga tahun ni lebih bermakna buat diri aku n family.. sentiasa dilindungi, diberkati, dikurnai kesihatan baik, dilimpahi rezeki halal, dipermudahkan segala urusan dunia mahupun akhirat.. InsyaAllah.. Errmm..tahun ni x nak tulis IMPIAN..biar je perjalanan ini Tuhan yg aturkan..aku pasrah diatas ketentuanMu ya Allah..aku hanya mampu merancang dan KAu yg merealisasikan..semoga KAu permudahkan segala urusan hambaMu yg kerdil ini.. satu pintaku..agar Engkau memberkati dan menjaga kesihatan kedua orang tuaku..itu pohonku...

Thursday, December 29, 2011

ErrrMmm...

sangat terkilan rasenya hati membaca post dari FB pada mlm ni..ayatnya berbunyi lebih kurang mcm ni la:
korang semua ada tak yg punya kekasih demok (gemok) maaf le nak tau je ada ke korang pernah malu punya kekasih mcm ni??? ermmm agak2 kekasih yg mcm ni baik hati kan awak2 batul tak korang??

ramai yg berikan komen positif..tapi hakikatnya sangat negatif
aku dah lalui semua ni..semua lelaki klau di tanye ingin memiliki kekasih atau isteri yang cantik dan ramping..tipu la kalau cakap tak pandang semua tu..yuppp!! aku salah seorang perempuan yang malang yang tak cantik dan gemok..aku sangat faham situasi ni..tapi aku tak mintak semua ini..aku tak mintak untuk dilahirkan macam ni..aku sangat faham jika seseorang lelaki itu tidak menerima kekasihnya gemok kerana malu di ejek oleh teman2..takot di pandang rendah.. aku sangat faham sebab aku dah lalui semua ini.. dan aku x pernah salahkan dia sebab semua ni terjadi atas diri aku yang tidak sempurna walaupun aku cuba untuk menjadi yang terbaik untuknya.. Allah tahu segalanya..kadang2 mereka tidak berani untuk berterus terang atas kekurangan kekesih mereka takut kekasihnya 2 merajuk..tapi kalau hati dah tak suka tak yah la kau nak paksa..jangan nak HYPOKRIT sangat brooo!!! tapi walaupun aku macam ni namun aku bersyukur kerana dikurniakan tubuh badan tanpa cacat celanya.. aku terima saja apa yang orang nak kata sebab hanya aku je yang merasa..tahu dan faham!! sungguh begitu hina orang gemuk di sisi masyarakat tapi orang macam aku ni x pernah pon menyusahkan korang kan??!! setiap ciptaan Allah itu adalah sempurna. tapi sering kali juga la mak tanye aku x da hati ke nak langsing dan cantik mcm pompuan laen..leh bergaya.. makk!!..tahukah mak..apa yang Tuhan aturkan ini semua adalah jalan yang terbaik untuk anak mak..kalau sy kurus mungkin sy tidak sebaik ini,,sy tidak akan berjaya seperti hari ini..sy tidak menjadi anak yang baik..semua ini ada hikmah mak..sy x akan berbaju kurung..dan sy bukan ADALAH sy yang sekarang...sy harap mak FAHAM..



walaupun tidak sempurna di mata manusia 
tapi aku juga mempunyai hati
mempunyai perasaan yg harus di jaga
bukan semua manusia sempurna
tak perlu la nak pandang rendah dan hina
kita semua sama di sisi Allah
yg membezakan amalan dan kebajikan
mungkin korang cantik
sepatutnya berterima kasih 
sebab korang adalah orang yg di pilih oleh Allah
mendapatkan kesempurnaan itu..

~Bersyukur dengan apa yang dianugerahkan~

~RahSia AllaH~

kamu tahu satu-satunya alasan mengapa Allah memisahkan kita?.
.kerana kita terlalu dekat,melampaui yang seharusnya,
kamu tahu alasan mengapa Allah mencipta jarak antara kita?.
kerana Allah ingin kita saling mendo'akan,dalam jauhnya pandangan sekalipun
kamu tahu alasan munculnya kantung pada mata?.
Untuk membiarkannya terpejam,beristirahat dari memandangmu dalam nyata,
sesekali aku hanya ingin bicara,
sekadarnya saja,tidak lama,setidaknya sapalah aku ketika kita bertemu mata
namun di balik telapak tangan ini,
sebuah nama terukir indah,
belum dapat ku baca
karna masih RAHASIA ALLAH...
bukan mudah nak ubah perangai kita..lau bertol2 nak pon akan makan masa yang panjang..ramai kawan aku cakap yang aku ni seorang yang pemarah..hahhaha..BETOL ke?? macam2 la korang   komen..bekeng..mudah cepat naik angin..mudah melenting..adoiii macam2 la korang ni..tapi kadang2 batol jugak ape yang di orang cakapkan tu..sebenarnya sikap aku tak suka menunggu dan tak sabar kalau melakukan sesuatu..so kalau aku nak korang cepat2 la buat ape yang aku suruh.. baru aku tak mudah nak naik hangen tak tentu pasal..ok brooo??.. hahaha..lagi satu walaupun aku suka marah tapi hati aku lembut..alaa..marah 5 minit je lepas tu ok la..macam gunung berapi..masa mengeluarkan lava je ganas lepas da reda ok la dia..hikhikhik..tapi kan paling dasyat la..ape yang keluar dari mulut aku korang kan akan patuh dan dengar jekk..kadang2 best jugak..sedap jek mengarah orang kan..tapi pling x best hati aku mudah touching..kalu x kena mula la sebak..merah je mata..huhuhu..tak semua manusia sempurnakan???

awak..sy minta maaf andai diri ini tidak sempurna
tapi sy x nak hypokrit
harap awak dah masak dengan perangai sy
kadang2 awak pon takut kan dgn sy??? hahaha
tp sbenarnya sy baik
gila2 lagi..mcm awak..hahha
awak tau takk..tiap kali awak msj sy gelak
sbb awak ingat ape yg sy pesan
sebenarnya tu sy gurau je..tp awak buat betol2
hahahhaha..xpe la sekurang2 awak ingat ape yang sy pesan :P


Wednesday, December 28, 2011

RenuNg-RenunGkAn Dan SeLamAt BerAmAL

♥ kalau bercinta, jangan berkepit macam belangkas, hantar surat berbelas-belas, SMS berbalas-balas, masa 
dating sebelah tandas, berpeluk-peluk dalam bas, asyik menjeling dalam kelas, minum air perghh kongsi segelas...

Bila ada konflik , haa mula la nak frust, nak tunai solat pun malas, tak dapat tumpu study dalam kelas, waktu result nak keluar tahu pulak cemas, takut exam tak pass, tup tup awek sendiri kena kebas, kesian.. melepas !

♥ kepada yang masih SINGLE,
cinta ibarat kupu-kupu, makin dikejar, makin dihindar. tapi,bila kau biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu disaat kau tak terduga. cinta mampu membahagiakanmu, tetapi sering pula ia menyakiti. cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan cinta kepada seseorang yang layak menerimanya.

♥ kepada PLAYBOY/PLAYGIRL,
jangan katakan 'AKU CINTA PADAMU' bila kau tidak benar-benar peduli. jangan bicarakan soal cinta bila itu tidak benar-benar ada. jangan sentuh hidup seseorang bila kau hanya berniat untuk mempermainkannya. jangan menatap ke dalam mata seseorang bila kau lakukan untuk pembohongan. hal paling kejam yang dilakukan ialah membuat seseorang jatuh cinta, sedangkan kau tak berniat langsung untuk MENERIMANYA saat ia terjatuh.

♥ kepada yang PATAH HATI,
bertahan selama kau menginginkannya akan menghiris luka sedalam kau membiarkannya. persoalannya, bukan bagaimana mengatasi rasa sakit itu, tetapi apa yang boleh diambil dan dihayati sebagai pengajaran dan hikmahnya.

♥ kepada yang masih bertahan MENCINTAI SESEORANG YANG TELAH PERGI,
hal yang menyedihkan dalam hidup ialah apabila kau bertemu seseorang, lalu jatuh cinta.akhirnya menyedari bahawa dia bukanlah jodoh dan kau telah mensia-siakan masa bertahun-tahun untuk orang yang tidak layak. kalau sekarang dia tidak layak, 10 tahun dari sekarang pun dia tidak akan layak. 
biarkan dia pergi, dan lupakanlah insan itu.
da tak sabar2 nak tulis impian atau matlamat sempena menjelang tahun 2012..yehaa..tapi sedih la..tak semua impian tahun ni tercapai..nampaknya kena la tulis impian yang same..ermmmm.. never mind la..kita hanya merancang tapi Dia yang tentukan..dah tau x tercapai so tahun ni kena usaha MORE..more!!! don't give upp!!.. 

Tuesday, December 27, 2011

tiada kata seindah  alunan al-Quran
menyerikan luka dalam hati yang kelam
semoga terubat di jalanan mu Tuhan
ku pohon petunjuk mu dalam kesabaran

ku bertasbih di hening subuh
mamanjatkan kesyukuran diberi kesempatan
kuhulurkan hati agar mendapat hidayahMu
dalam alunan tasbih petunjukMu

memanggil namaMu ya Rabbi
agar hatiku tenang disisiMu ya Ilahi
aku memohon petunjukmu ya Rabbi
lengkapkan jalan hidup hambamu tanpa nusta 
agar sisa hidup lebih sempurna

ya maha PERINDU 
satukan hati kami
teguhkan jiwa kami
ke arah jalan Mu..agar terbentang meluas pintu syurga
setia menanti

ya Tuhan..sesungguhnya aku manusia kerdil
kau bisa mengatur kehidupanku
kau yang hidupkan aku
kau yang mematikan aku
ya Tuhan..ku panjatkan sepuluh jari
menadah doa kepadaMu ya Ilahi
permudahkan segala urusan dunia dan akhirat
hanya itu yang aku harap

KeNangAn TeriNdaH di PangKoR

abadikan kenangan kita bersama
dalam suka dan duka
setia ada ketika diperlu dan memerlukan
saling melengkapi antara kita
sebuah keluarga bahagia
kita saling sayang menyayangi
itu anugerah Ilahi
syukur dipertemukan sebuah keluarga bahagia
bukan sekadar peneman duka


da macam monyet si Thaha ni..hahaha :P

ada yang tersesat lupa jalan pulang...kihkih

yeepppiii!!..

si Thaha kawan sejak skolah Menangah..sama2 masuk U..
1 kos pulak 2..suka cari gaduh..selalu ngadu hal aku kt lecture..huh!!

masa mula2 sampai dah bergambar..kihkih :D

En Lah (pensyarah plng spoting) dengan anak2 didiknya..

model baju raya..sape nk tempah?? ada pelbagai saiz..haha

haii..Rahman.. MISS u :D

bersama Dato Rahim Razali (Osman Kabilah)..hehehe

ni hah!! pelajar korea..orngnya pemalu tapi skali wat lawak 
pecah perut..hahhaa

hafizz segak berkaca mata.. :D

jejaka hensome persuratan Malayu..penyambung 
warisan bangsa..InsyaAllah.. :)

KepaDa SesEoRanG



hati itu bagai dinding dan cinta tu seperti paku. sekali paku diketuk ke dinding selamanya akan meninggalkan kesan walaupun paku telah dicabut lubangnya masih ada meninggalkan kesan. Tampal atau tutup ia guna apa pun lubangnya tak akan tertutup macam cinta yang sekali singgah di hati akan kekal di situ sampai bila-bila. walaupun orang yang kita cinta dan pernah cintakan kita pergi, cinta yang dia ucap dan kita rasa akan kekal ada dalam hati . jadi apa penyelesainya??? lepaskan dengan sepenuh hati kalau sudah benci jangan masih berharap. kalau masih sayang jangan ada benci. jujur pada diri sendiri. ingatlah bahawa seseorang jika hatinya hancur tetapi dia redha, Tuhan akan mengasihaninya dengan setiap serpih yang hancur itu dan jika seseorang yang kita sayang pergi meninggalkan kita, Tuhan akan gantikan dengan beribu orang yang lebih menyayangi kita. IKHLASLAH dalam melepaskan, REDHALAH menerima perpisahan. apa pun Tuhan janjikan bahagia untuk kita semua. semoga Tuhan berikan aku kekuatan dan ketabahan...


 So..awak tak payah la nak say SORRYY..
sebab awak telah meninggalkan parut di dalam hati sy...
walau berjuta kali awak ucapkan kata maaf 
ia tidak akan menyembuhkan luka ini..


namun  sy rela atas pemergian awak
kerana sudah tertulis suratan takdir antara kita
sy adalah persinggahan 
semoga awak bahagia dengan si dia

Monday, December 26, 2011

Alhamdulillah.. masih dapat melihat sinaran matahari..masih boleh menyedup udara segar, masih boleh mendengar kicauan burung, masih boleh melihat bumi Tuhan..aku menadah sepuluh jari panjatkan kesyukuran kepada Mu ya Allah.. Allah hu akhbar..terima kasih kerana masih diberi kesempatan untuk aku berpijak di bumi mu ya Tuhan.. sejuk hati mendengar suara mak..thanks mak pepagi dah call rase terubat rindu anak mu ini..ermmm..program hari ini masih sama macam semalam..setlekan esegment..hohoho..entah bila nak siap ni?? dah naik muak lak rasanya..hati da tak sabar2 nak fokos stdy..ya Allah kau permudahkanlah segala urusan hambamu ini.. bukakanlah dan lapangkanlah dada hambamu ini dalam mencari ilmu yang halal..target pointer sem ni nak 3.6!!! ulang sekali lagi 3.6!!!..so mcm mane nak dapat kan 3.6?? 


1-jaga hubungan dengan Allah (solat hajat)
2-jaga hubungan dengan guru
3-jaga hubungan dengan kedua ibu bapa
4-jaga hubungan dengan kawan
5-ulangkaji
6-jangan kedekut untuk kongsi ilmu
7-usaha dengan gigih (don't give upp!!)
8-jangan bersikap sombong dan angkuh
9-jangan pandang rendah terhadap orang lain
10-bersikap rendah diri (humble)
11-selalu melakukan kebajikan


insyaAllah jika niat dan nawaitu betul Allah akan sentiasa akan bersama kita..but the way sem ni paling banyak ujian darimu ya Allah..kesebaranku sentiasa Kau uji..sem paling mencabar dengan linangan air mata...dikala menyiapkan esegment air mata menjadi teman setia..sungguh perit dan jerih ujianmu Tuhan tapi ini bukan alasan untuk aku mudah mengalah..soo air mata dah kuar hampir 1 baldi (hahhaa) ..aku sangat berharap pada mu Allah supaya berbaloi apa yang aku lakukan dengan ganjaran yang akan Kau berikan..Jomm..same2 kita berdoa!! kepada kawan2 GUD LUCK 4 U EXEM.....chayokk3!!

SeLaMat JaLan 2011


syukur Alhamdulillah tinggal beberapa hari lagi kita akan tinggalkan tahun 2011 yang penuh dengan sejarah pahit dan manisnya. ermm..sebut pasal sejarah  tahun 2011 paling mencabar. banyak peristiwa duka dan kecewanya..never mind dah lumrah hidup katakan.. kalau hidup tidak mencabar lebih baik tak payah hidup..kihkih (berlagak tabah la sgt.)..banyak peristiwa berlaku


1- mak masuk hospital ketika aku bertarung dalam dewan peperiksaan
2- putus cinta (kecewa nak mampos!!)
3- angkara dengki manusia tak boleh tengok orang senang
4- dapat result agak gempak (syukur ya Allah..hikhik)
5-melancong free ke Pulau Pangkor
6-hari2 bahagia bersama kawan2
7-hubungan dengan T dah semakin ok
8- dapat hadiah dr ayah buat kali pertama
9-dapat pakai kereta DBR9717

sungguh tenang apabila melihat wajah awak..
senyuman awak membuatkan hati sy begitu tenang. 
cara percakapan awak membuat hati sy begitu berdebar 
sesekali bertentangan mata luruh rasanya jiwa ..
gelak tawa awak melupakan semua perkara dalam fikiran sy..
awak..andai awak tahu tentang perasaan ini 
begitu gembiranya hati sy..
sudah lama kita tidak seperti ini..
sy harap awak masih ingat masa perkenalan kita dahulu..ingat tak?? 
awak bagi sy coklat dengan air lemon tea?? 
tiap kali minum lemon tea
perasaan awak menyapa hati sy
rindu suasana ketika dahulu


awak...
adakah perasaan itu timbul kembali
sesudah sekian lama menyepi
rasa kehangatan bara cinta awak menyentuh hati  dan perasaan sy
buat kali kedua
hanya Maha Esa mengetahui segalanya

Sunday, December 25, 2011

SYUKUR PADAMU YA ALLAH

Alhamdulillah masih diberi kesempatan oleh yang Maha Esa berpijak di bumi yang nyata. hari ini hati berasa begitu sayu dengan ketentuan Ilahi namun aku harus akur dengan suratan takdir..yang baik datang dari-Nya dan yang buruk dari diri ini..lupakan seketika benda yang tak bermaanfaat. ermm..pejam celik..pejam celik dah nak masuk tahun baru.. lagi 2 minggu nak EXEM..tinggal 1 sem lagi nak bergelar mahasiswazah..dah tak sabar2 nak bagi mak n ayah segulung ijazah..hikhik.. ape pon sebagai seorang anak aku kena cekal dalam menghadapi segala rintangan dan cemuhan manusia yang tidak boleh tengok di atas kesenangan orang lain..never maind..itu bukan permasalahannya yang penting tujuan arah hidup kita.. hohohoho..i'm 23 year's old..mcm tak percaya pulak..kihkih..Mak!!..dah besar panjang pon anak dara mak ni..sekejap je masa berlalu..sy dah tak sabar nak bekerja nak bagi mak n ayah duit hasil keringat sy..tu lah harapan sy selama ni..nak bahagiakan mak n ayah sebab asma dah x ada sape2 lagi kat dunia ni selain mak dan ayah yang banyak bagi sport.. terima kasih Allah kerana kurniakan aku kedua orang tua yang cukup lengkap dan sempurna..Syukur!!  ehhh..ehhh.. dah nak kol 12 tgh hari..ok la sampai di sini dulu..nak sambung keja balik..Ya Allah..jauhkanlah kealpaan dr hati hambamu ini... 

Friday, November 4, 2011


terlampau sering kau buat air mataku
tak pernah kau tahu dalamnya rasa cintaku
tak banyak inginku jangan kau ulangi
menyakiti aku sesuka kelakuan mu
ku bukan manusia yang tidak berfikir
berulang kali kau lakukan itu pada ku

jika cinta dia jujurlah pada ku
tinggalkan aku di sini tanpa senyuman mu
jika cinta dia ku cuba mengerti

teramat sering kau buat ku patah hati
kau datang padanya tak pernah ku tahu
kau tinggalkan ku di saat ku butuhkan mu
cinta tak begini selama ku tahu
tetapi ku lemah kerana cintaku padamu
mungkin kau bukan cinta sejati hidup ku
sudah begitu lama tidak mengupdate blog ini..maklum la student sebuk dengan esegment..ermmm! hari ini hati terpanggil untuk meluahkan perasaan kepada en blog yg lame di tinggalkan..sorry :D  sejak kebelakangan ini banyak benda yang menggaru otak di samping dengan esegment yang melambak bak gunung everast. saya teringatkan suara emak memanggil name saya..mak sungguh rindu untuk memeluk tubuhmu dan mencium pipi tua mua..aku disini tidak lekang memikirkan kesihatan mu..YA ALLAH adilkah semua ini untuk mak aku?? jika diberi peluang ingin sahaja aku mengambil posisi mu wahai ibuku sayang..cinta dan kasih ku terhadapmu sampai syurga..ingin sekali aku membahagiakan Mu..masih sempatkah semua itu?? ALLAh, aku berdoa kepada-Mu kau peliharalah kedua orang tua aku disisi-Mu...mak ketahuilah aku amat mencintaimu dan menyayangimu lebih dari nyawa aku sendiri..tanpa kasih dan sayangmu siapalah aku..sungguh jerih hidup ini tetapi aku tidak pernah menyesal dilahirkan sebagai seorang anak miskin tetapi aku bersyukur kerana itu mengajarku erti kepertin dan terus berusaha untuk berjaya...SALAM SAYANG DARI ANAKMU  

MUAAQQ...SAYANG BUAH HATIKU  :)

Saturday, February 26, 2011

Pejam celik-pejam celik dah 22 tahun umur aku tapi perangai macam budak-budak. Suka merajuk, mudah naik angin tak tentu pasal terutama kalau bab nak perhatian lebih....hahha..umur da meningkat mesti fikir sal nak kawen..hehhe (dah gatal sangat agaknya aku ni) hahha..semua orang nak kawin termasuk la aku..cuma lambat dan bangat jew..Pic kat sebelah ni kawan bisnes herbalife En. Rudi dan Pn.Zulaikha. First time aku jumpa dia kat event herbalife yang menyebabkan hati aku terbuka dan nampak masa depan dengan bisnes ni.. sebab tengok kejayaan rudi.. ye lah mana kan tidak umur baru 23 tahun dah ada kereta dan banglo sendiri..mak aihh gila aku dibuatnya.. muda dah ada aset masa depan..so dia boleh buat aku pun mesti boleh..sekurang2nya aku mesti jadi macam rudi dan kalau boleh nak lebih berjaya lagi hehhe InsyaAllah!!..masa majlis perkahwinan dia semua hantaran produk HERBALIFE.. huhhh!! cayalah!!..:P


lebih gila lagi masa aku ke rumah prest team pak yang..mak aihh!! rumah ke syurga..besar gila, cantik, pintu pagar ada logo herbalife, kat ruang rehat ada kolam herbalife, kereta mewah..masuk je asa x nak keluar..melebih la pulak aku ni..hahha..cakap punya cakap then pak yang ask me why herbalife?? (bangga siot dpt sit down ngan jutawan..aku akan ikut jejak langkah dia)..insyaAllah..
WHY HERBALIFE??
1-nak kurus dan sihat
2- nak masa fleksibel untuk diri sendiri dan keluarga
3-jadi bos sendiri
4-syarikat herbalife 31 tahun d dunia dan 74 buah negara (stabil)
5-nak ubah ekonomi keluarga
6-belajar sambil melancong ke seluruh negara
7-ada aset masa depan (rumah banglo, kereta mewah, duit banyak)
8-nak tolong orang jadi sihat
9-mempunyai nutrition club sendiri

so..kalau aku nak semua ni mesti keluar dari kotak keselesaan!!!..ya Allah permudahkan segala urusan aku dunia dan akhirat..amin..amin
                                                            
                                          
                                                                 I LOVE HERBALIFE!!!

Friday, February 25, 2011

MENCINTAI TIDAK SEMESTINYA MEMILIKI..

janganlah kau angkuh melaungkan..
si dia kepunyaan mu..
atau kau kepunyaan si dia..
kerana hakikatnya..
KITA TIDAK PERNAH MEMILIKI SESIAPA..
Walau sekeping hati seorang insan..
tidakkah kau sedar??
hukum alam menyatakan
MENCINTAI TIDAK SEMESTINYA MEMILIKI!!
manusia pandai berpura-pura..
berlakon di pentas dunia..
dan bertopeng menutup rahsia..
tetapi hati..
tidak pernah berdusta pada empunya..
tentang perasaan yang bergolak didalamnya..
TIDAKKAH KAU SEDAR??
mungkin si dia melafazkan..
ungkapan CINTA pada mu..
tetapi hati dan perasaannya..
tidak pernah berniat begitu..
dia hanya berselindung..
disebalik sejuta alasan..
dan kau..
begitu jujur dan setia mencintainya..
sehingga terlupa..
hukum alam menyatakan..
MENCINTAI TIDAK BERMAKNA MEMILIKI..
sesungguhnya.... 
"aku tidak pernah memiliki diri mu"..
"dan kau juga tidak pernah memiliki diri ku"..
MENGERTILAH!!..
kita sebenarnya kepunyaan ..
YANG MAHA ESA..
tiada sesiapa berhak memiliki diri kita..
kecuali Dia..
Dia mengasihi hamba-Nya..
Dia memiliki hamba-Nya..
dan kepangkuan Dia akan kita kembali..

Tuesday, January 11, 2011

11.1.11


hari SELASA buat kajian lapangan
bersama cik adeq n ain
kerjanya meronda2 habiskan ptptn
last sem makan nasi ngan kicap..hahha
merongeng sana..merongeng sini
happpyy..happyy

kali ni kajian lapangan kat Mines Seremban
jalan2 cuci mata jew..
makan2..sonok sangat
tinQ for cik aded n ain..cayam korang..


hasil kerapah aq...ain ..cik adeq

ain yg sangat mengoda..auwww!!!hahhaa

bakal duta KFC..okey x??hahaha

hapyyy...(^________^)

masa u menikmati..nyumi..nyumi... :)

kentang...sodep d makan bgitu saja..hehhe


menjeling ain yg ngah selera makan..agak nak telan sekali
dgn pinggan2..hhahaha

sblm balik..basahkan tekak dgn aiskrim..
sedap sampai menilat jari.. :)


so HAPPY with my lovely friends 
love u so MUCH...

Monday, January 3, 2011

my dream car!!!!...hohohi..target sebelum umur 30 tahun..InsyaAllah....semoga Allah murahkan rezeki..amin..amin..tahun 2010 azam nak pakai kereta myv tapi rezeki ciput just dapat pakai viva je dulu..bersyukur!!..kalau boleh nak buy dengan hasil keringat sendiri tak pon suh suami yang hadiahkan..so right now..take action!! gogogogo..
hari yang menjengkilkan bagi aku..membukit persoalan dalam kotak fikiran yang belum terungkai ikatannya. aku tak boleh mengeluh..think positive asma!! POSITIVE!!!!!!..kat luar sana ramai lagi orang mempunyai masalah lebih dasyat dari ko..so ko kena bersyukur..dont selfish!!!!..Allah akan menguji apa yang kau mampu tanggung dan DIA adalah perancang yang sebaik2nya..murahkan senyumanmu sebagai amalan dan ikhalaskan hatimu sebagai dorongan..jauhkan dari nusta dan kealpaan kepada yang Maha Esa.. senyum2 selalu dan selamat beramal..(^___________^)
sebermulanya esegment mengunung..tentu sekali pelajar IPTA bersengkang mata menelaah buku di perpustakaan mencari bahan rujukan..tidak kurang juga dengan kerja luar..sudah pasti amat memenatkan..sabar ya..sakarang buahnya belum dapat di tuai lagi..mungkin memakan masa 2..3 tahun akan datang..apa yang anda kerjakan sekarang itulah hasil yang anda akan tuai kelak?? so ape yang aku nak tuai ni??? gogogoogogo...kau boleh la asma..cuma kau malas je..bila kau nak rajin ni?? orang lain dah naik formula 1 ko still pakai chap cai tua..WAKE UPP!!!!!!!
biar setinggi mana ombak DUGAAN melanda..
biar seganas mana badai  MASALAH menghempas..
tanamkanlah sauh KETETAPAN HATI
 agar kapal tidak berganjak haluan...
biarlah badai dan ombak itu pergi begitu sahaja
tanpa mencalarkan
 walau sedikit pun badan si kapal
yang telah tetap haluannya.. (^_^)





ku sentiasa melakarkan nama mu di hatiku
coretan memori bersamamu 
menguntuhkan kerinduan ku mengunung
nama mu selalu meniti di bibir hatiku 
sendu tawa menghiasi ruang memoriku

mak..mak
tahukah dirimu 
anakanda mu ini selalu mencintai mu
sampai hujung nyawa ku sentiasa dahagakan kasih mu
wajah tua mu selalu bermain dalam tidur ku
sayu hati mengimbau memori bersama mu
tercoret peluh di dahi tua mu

anakanda mu ini rindukan pelukan manja mu
suara tua mu memanggil namu ku
menyediakan makan minum untuk mu
sayu hati ku
memikirkan usia mu 
sempatkah dirimu merasai titik peluh ku
YA ALLAH!!!!...

aku memohon pada mu YA ALLAH
peliharalah kedua orang tua ku
aku bersujud pada mu YA ALLAH..
keringat mereka belum terbalas...mohon pada mu YA ALLAH!!!

Saturday, January 1, 2011

pada suatu petang
sedang kita berborak
tetiba saya tanya awak
kenapa awak sayang saya??

dengar suara happy awak po jawabla
n awak tanya balik
kenapa saya sayang awak??

saya jawab saya x sayang pon kat awak
awak jangan nak perasan lebih..(dlm hati Allah jew yg tahu)

ok..ni sekarang saya jawab pertanyaan awak tu
kenapa saya sayang awak??
SEBAB..

1. awak amat memahami saya .
2. awak penyayang..hehhe
3.awak pandai amek ati parent saya . kalau balik umah mesti mak rindu nak dengar suara bakal menantu dia (jgn persaan lbh ya..hahhaa)
4.awak romantic. selalu mainkan gitar dan nyayi lagu best2 untuk saya..kata2 awak yang sopan santun dalam berbicara..selalu ungkapkan kata2 romantik ..oppsss rahsia kita berdua jew..hhehehe
5. awak seorang yg bertanggungjawab . anak dan abang yg baek..selalu tolong mak bayar bil air, beli itu beli ini, bawak liza g jalan2..kalau awak buat saya sakit hati awak x jemu2 pujuk saya..tinQ awak..
6. awak ajar saya erti cinta sebenar .'cinta bukan pada ungkapan I LOVE U ttp melalui perbuatan dan pengorbanan'. 
7. awak terima saya seadanya. saya tau saya ni x cantik..suka merajuk..suka marah2kan awak..suka memberontak lau xdapat perhatian lebih..kadang2 sendiri malas nak layan kerenah saya..but tinQ coz dapat menerima saya seadanya..
8. awak pandai pujuk saya. sebab tu la saya suka merajuk dan cari pasal..lau x awak sibuk jew dengan kawan2 awak tu..jahat kan?? hahhaha..
9. awak manja . kata2 awak mencairkan hati saya walaupun saya ngah marah..:)
10. awak xberkira dengan saya..last sem masa saya tiada duit satu bulan awak sponser to4 saya..best jugak lau selalu d sponser..hikhikhik
11. awak suka mengalah time kita gadoh. terlalu mudah say sory wlaupun sy yang salah..awak x suka gaduh2 walaupun saya selalu cari gaduh sbb sy selalu x puas hati dengan awak..wekkk :P... kadang kala sy ego tp awak wat slambe jew..

time kasih coz muncul dalam hidup saya
n memyayangi saya seikhlas hati awak
saya hanya ada mak..ayah dan awak

saya sangat3 berharap
saya akan sentiasa berada di sisi awak
dunia dan akhirat
ketika awak susah dan senang
yg sentiasa menemani hari2 awak
dan selalu membahagiakan awak ..(^__^)