Thursday, February 23, 2012

HaNyA DiA

ya Allah berikan petunjuk kepada hamba mu ini dalam mengharungi keadaan ini..aku dalam kesempitan untuk memikirkannya..tangisan dan esakan mak membuat hatiku tak tentu arah..aku buntu dalam mencari arah tujuan dan apa yang boleh lakukan hanyalah berdoa..doa seorang anak untuk kesejahteraan seorang ibunya..Mak.. ma minta maaf di saat mak memerlukan saya..saya tiada disisi untuk meringankan kedukaan yg ditanggung..sy mintaa maaf sangat3..semua ni di sebabkan keadaan.. sy sentiasa doakan mak selalu sihat dalam melangsungkan hari2 bahagia bersama ayah..mak tolong la bertahan sehingga sy dapat membalas jasa dan pengorbanan yang mak lakukan terhadap sy sejak dilahirkan..mak tolong la bersabar ..ni sem last sy dah tinggal beberapa bulan jew lagi.. ya Allah berikan kesempatan untuk kami sekeluarga hidup bahagia dan sempurnakan segala hasrat dan impian aku demi merealisasikan cita2 aku untuk berjasa kpd kedua orang tuaku.. tolong jangan ambil orang yg aku syg selagi aku belom bersedia..aku hanya ada mak dan ayah jew...aku pohon dan sujud pada mu ya Allah..
YA ALLAh kau peliharalah kedua orang ku
berikan kesihatan yg baik kpd mereka itu yg aku pinta..

Tuesday, February 21, 2012

Izinkan saya untuk meluahkan rasa...Maafkan saya andai buat awak terasa.....Saya sedar siapa diri saya....Saya tahu status diri saya... Saya telah cerminkan diri saya ini...Saya tahu awak menganggap saya tidak lebih dari kawan biasa.. Semua itu saya tahu....Saya tidak mempunyai apa-apa.... Yang saya ada hanya rasa ini...Saya memang tidak sesuai dan tidak layak bersama awak...Saya telah cuba sedaya upaya untuk tidak menganggap awak istimewa... Tapi saya tidak berdaya kerana hati kecil ini mengatakan sebaliknya...Semakin saya cuba melupakan awak.... Semakin kuat saya mengingati awak... Entah kenapa?? saya pun tidak tahu...Saya tidak tahu kenapa awak begitu dekat dihati saya...Maafkan saya kerana menyukai awak....Berdosakah saya kerana menyukai awak??Andai ini ketentuan takdir.... Saya doakan awak berbahagia....Jika awak masih mengingati saya... Andainya saya sudah tiada lagi di dunia ini... Sedekahkanlah Al Fatihah untuk saya.... Tanda kita pernah kenal semasa di dunia ini...Terima kasih hadir dalam hidup ini... Walaupun hanya untuk seketika.... Saya tetap rasa bahagia bila mengingati detik-detik itu... Walaupun kekadang saya berkecil hati dengan apa yang awak lakukan... Tapi..saya sudah melupakan semua itu... Saya telah memaafkan awak....Jasa dan budi awak tinggi puncak gunung... Tidak ada nilai untuk saya membayarnya... Nak cari memang tidak bertemu...Minta halal segala salah dan dosa saya... Selama masa bergurau saya dengan awak...Biarlah kisah-kisah silam menjadi kenangan.. Akan saya simpan kemas di hati ini...Biarlah saya terseksa... Biarlah saya derita..... Asalkan awak bahagia... Asalkan saya tidak lagi mengangggu kehidupan awak. Asalkan awak tidak perlu lagi melayan karenah-karenah saya..Saya doakan yang terbaik untuk awak... Di dunia mahupun di akhirat.... Salam rindu di angin lalu buat mu kawan.... "Kalau ada jodoh..KiTa jumpa lagii..." -Sekali lagi

Monday, February 20, 2012

ku syairkan segala tentangmu
ku indahi bulan diwajah tersiratmu 
ku halusi setiap sentuhan batinmu dan ku rasai hatimu maka hadirlah disetiap lelapku 
syurgailah waktu hari2ku 
warnailah zahirku dengan setiamu 
agar ku tahu nikmatnya memilikimu  
disaat aku melukis bicara 
dikala waktu mengundang asmara 
rebahkan hasrat menanti senja 
apa lagi makna sejuta kata2  
ku tulis setia di tembok penjara 
melukis kata disisik mutiara 
alunan tasik merdu bersuara
ingat ku kata engkaulah setia  
ku luluhkan jiwa diranting kecewa. 
mengharap pasti akarnya cinta 
sampaikanlah emosi sang terluka 
harap tercapai andai aku dah tiada.. 
renungan malam menunggu bintang seruan 
waktu teruskan bersabar 
apakan daya hati dah setia 
ku simpulnya mati akhir terlerai jua..
 Ujian yang diberikan Tuhan sangatlah kecil bila dibandingkan dengan nikmat yang selalu Tuhan berikan kepada kita namun kita begitu sering melupakannya, bahkan kita tidak menyadarinya. Udara yang kita hirup, kehangatan cahaya mentari, air yang menghilangkan dahaga, darah yang masih mengalir dengan lancar, lambung yang masih mencerna dengan baik, ginjal yang mampu membersihkan darah, hati yang mampu menawarkan racun dan banyak lagi nikmat Tuhan yang tak akan mampu kita hitung, dan jarang kita sadari. Apakah ada alasan untuk tidak bersyukur? Dan apakah ada alasan untuk mengeluh? Semoga kesabaran, keikhlasan, keteguhan iman, dan niat yang suci selalu menyertai hati kita dalam keindahan perilaku yang kita sajikan untuk sesama. :)
morning!..morning!!..semoga hari ni lebih baek dari semalam dan esok masih diberi peluang untuk terus menjalankan kehidupan sbg hamba di muka bumi ni..Alhamdulillah..pepagi mak dah call myb rindu kot..hikhik tapi semalam ayah dah call cakap kejap je coz ada panggilan lain masuk..hehe..Ok..mulakan semangat baru pada awal sem akhir..al-maklumlah hati da tak sabar nak grade n mulakan kehidupan di alam pekerjaan..ermm..sebut pasal kerja kan banyak persoalan bermaen d pikiran aku..banyak kali di persoalkan kalau aku keluar nak keja pe nanti??.. ada kew ape yg aku kerjakan tu adalah cita2 aku??.. sangat2 risau..sejak aku berkawan dgn seorng kawan yg kenal dr darjah 6..dia banyak mengubah akunya pemikiran dan mengajar erti hidup yg sbenar wlaupun kadang2 kami bertentangan pendapat..ye lah masing2 nak menegakan ideologi masing2kan..haha..aku suka cara pemikiran dia yg mempunyai masa depan n perancangan hidup..
apa yg berlaku smalam adalah pengajaran
hari ni adalah kenyataan
esok adalah impian
kehidupan kita yg tentukan
ilmu adalah panduan
(from: D.I.A)
paling tak tahan kalau cakap mesti tanya sal IDOLA..hahaha...dlm hidup aku x tertulis pon nak jadikan sape2 sbg idola coz manusia ni talang bermuka2 an..watpe nak jdikan manusia ildola pd hakikatnya kita tetap same yg membezakan pangkat n kedudukan..ape lg..melenting la pakcik 2 dgr ayat2 aku..hahhaa.. habisla kena ceramah n basuh cukup2..kdang2 pe yg dia bg tahu betol sgt2 n buat aku rase malu..ye lah dia lulusan spm tapi aku U..kematangan n ilmu yg dia n aku ada berbeza bgai langit n bumi..kadang2 kena d sindir berasap gak cuping telinga...hahahaha tapi wat bodoh n pekak badak je lah.. kehidupan manusia ni adalah bdasarkan pemikiran..sbb pemikiranlah yg menentukan apa yg hendak d corak sama ada ke arah kebaikan or sebaliknya..

Friday, February 17, 2012

ya Allah jika dia jodoh untuk aku..
kau peliharalah perhubungan ini d jalan-Mu
agar kami tidak terpesong dari landasan agama-MU
dan permudahkanlah segala2nya
ya Allah..banyak jurang di antara kami
jika dia bakal suami yang baik untuk aku
bukakanlah pintu hati kedua orang tua ku
sesungguhnya restu mereka kebahagian aku
ya Allah..andai dia dapat membahagiakan aku dan keluarga
berikanlah kesempatan kepadanya
menyelusuri dan menjalankan tanggungjawabnya
dan ingin untuk melengkapi diantara satu sama lain
ya Allah..tunjuklah kami jalan yang lurus
jalan yang engkau redhai
jalan yang direstui
jalan menuju kebahagian antara kami
sesungguhnya ia menyakitkan insan yang laen
ya Allah..jika hubungan ini 1 kesilapan
kau jauhkanlah dia dari aku
kau hentikan perasaan cinta antara kami
supaya insan lain tidak terluka atas perhubungan ini
berikan kami katabahan dalam mencari kebahagiaan sampai syurga


Wednesday, February 15, 2012

LaNDaSan HiDup SeORaNg IsteRi

Untuk isteri tersayang ............
1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.
2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”
3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.
4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.
5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.
6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.
7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)
8) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.
Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu "TAAT"...