Thursday, January 19, 2012



Bila dirimu letih dan hilang semangat

ALLAH tahu betapa kamu telah mencuba sedaya upaya
Bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan
ALLAH telah mengira titisan air matamu

Bila dirimu terasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu
ALLAH sentiasa disisimu

Bila dirimu telah mencuba
segalanya tetapi tidak tahu tujuan
ALLAH adalah jalan penyelesaianya

Bila tiada yang bererti buatmu
Keliru dan kecewa
ALLAH ADALAH JAWAPANNYA

Hidup ini indah jika segalanya
kerana ALLAH

Wahai Tuhan hinanya diri yang
terus menerima rahmatMU
sedangkan hutang syukurku
semakin menggunung...
Maha Kaya KAU Ya ALLAH

Tuesday, January 17, 2012

KaCa Vs PerMatA

Seringkali kita memohon supaya Allah memberikan pasangan yang baik buat kita. Permohonan tersebut dilakukan melalui doa-doa yang dititipkan selepas solat mahupun di dalam solat istikharah. Bahkan apabila bersembang-sembang dengan ahli keluarga dan teman-teman, kita juga sering menyebut supaya Allah memberikan jodoh terbaik buat kita.

Namun begitu, mengapa ketika majlis yang sedang dirancang tiba-tiba terbatal, ramai yang mudah berputus asa? Sedangkan mungkin ‘putus’ ikatan tersebut bermakna makbulnya doa kita. Allah tidak pernah menzalimi hamba-Nya, tetapi kitalah yang seringkali menzalimi diri kita sendiri.

Adakalanya insan yang kita harapkan untuk menjadi pasangan kita bukanlah pasangan yang terbaik untuk kita. Jika sejuta kali nyawa diberikan, andainya Allah tidak menciptakannya untuk kita, tidak mungkin akan menjadi milik kita walau sedetik.

Firman Allah :
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” – Al-Baqarah : 216.

Andainya berlaku perkara sebegini, ia bukan suatu perkara yang mudah untuk dilalui. Ramai orang yang ‘terbabas’ apabila dilanda masalah sebegini. Sesetengahnya terpaksa mengambil masa berbulan lamanya untuk mengubat kelukaan hati. Tidak kurang juga yang merasakan mereka telah hilang kebahagiaan sehingga terpaksa dibawa menghuni hospital bahagia.

Buat sahabat yang pernah kecewa kerana cinta,
Sesungguhnya cinta kepada manusia itu tidak kemana, tetapi cinta Allah itulah yang hakiki. Andainya kita merasakan kebahagiaan dalam hidup ini datangnya daripada cinta kita kepada manusia semata-mata, maka, bersedialah menghadapi kekecewaan.




AnDa CoUPle AtaU Ta'Ruf??

Anda couple, tapi berselindung di sebalik ta'aruf. Jangan dikotori sucinya makna 'ta'aruf' dalam Islam. Ta'aruf merupakan salah satu syariat Allah bagi mereka yang ingin mendirikan rumah tangga yang bukan berpaksikan cinta di antara dua insan semata-mata, tapi juga bertunjangkan cinta Allah SWT, cinta Rasulullah dan rasa cinta terhadap orang-orang beriman. Ta'aruf bukanlah cinta murahan yang melanggar syariat Allah. 

Mungkin ada yang terkeliru di antara couple dan ta'aruf. Bagaimanakah ciri-ciri ta'aruf Islami yang sebenar dalam mencipta asas sebuah rumahtangga yang bahagia? 

Jom, jengok..!

1. Melakukan istikharah dengan sekhusyuk-khusyuknya.
Setelah anda mendapat sedikit latar belakang calon melalui risikan daripada sahabat dan teman-teman, lakukan istikharah dengan sebaik-baiknya, agar Allah memberikan jawapan yang terbaik. Dalam melakukan istikharah ini, janganlah ada kecenderungan pada calon yang diinginkan. Serahkanlah segala keputusan pada Allah SWT. Luruskan niat kita, bahawa kita berkahwin atas alasan benar-benar ingin membentuk rumahtangga yang sakinah mawaddah warohmah. Perlu diingatkan, seseorang yang mempunyai kecenderungan pada calon yang diingini, biasanya akan mendapat sesuatu sesuai dengan apa yang diinginkan. Itu bukanlah jawapan istikharah dari Allah, tetapi, jawapan dari hati anda sendiri.

2. Menentukan tarikh dan masa pertemuan (ta'aruf)
Setelah selesai beristikharah, aturkan pertemuan. Pastikan anda ditemani murabbi masing-masing.

3. Gali pertanyaan sedalam-dalamnya.
Semasa ta'aruf, saling bertanyalah sedalam-dalamnya, dari maklumat peribadi, keluarga, hobi, penyakit yang dideritai, visi dan misi tentang rumahtangga. Murabbi perlulah berperanan sepenuhnya untuk mengelakkan suasana menjadi kaku dan serius. Maklumlah, masing-masing masih malu-malu siput. Hehe. Humor dan santaikan suasana, tapi tetap serius untuk mengelakkan sesi ta'aruf berjalan dengan lancar.

4. Menentukan waktu ta'aruf dengan keluarga perempuan.
Setelah melakukan ta'aruf, dan pihak lelaki merasakan adanya keserasian dengan calon perempuan, maka pihak lelaki harus segera melakukan ta'aruf ke rumah pihak perempuan, untuk berkenalan dengan keluarganya. Perlu diingatkan, pihak lelaki tidak digalakkan datang seorang diri untuk menghindarkan fitnah.

5. Keluarga pihak lelaki mengundang pihak perempuan ke rumahnya.
Dalam soal bercinta selepas nikah, adalah wajar jika orang tua pihak lelaki ingin mengenali calon menantunya. Sebaiknya ketika datang ke rumah pihak lelaki, pihak perempuan juga tidak bersendirian, untuk menghindari daripada terjadinya fitnah. 

6. Menentukan waktu khitbah. 
Setelah keluarga kedua-dua belah pihak sudahpun ada keserasian dan setuju dengan pilihan masing-masing, maka janganlah tunggu terlalu lama. Segeralah menentukan waktu untuk mengkhitbah calon perempuan (meminang atau melamar). Jarak waktu antara ta'aruf dengan khitbah, sebaiknya tidak terlalu lama, kerana takut menimbulkan perkara yang tidak diingini.

7. Tentukan waktu pernikahan.
Lakukan pernikahan seperti yang dicontohkan oleh Rasulullah SAW iaitu sederhana, mengundang anak yatim, asingkan tempat makan antara tetamu lelaki dan wanita, pengantin wanita tidak bertabarruj (berdandan), makanan dan minuman juga tidak berlebihan.

Semoga dengan menjalankan ciri-ciri ta'aruf mengikut syariat seperti di atas, insyaAllah akan terbentuk rumahtangga yang sakinah mawaddah warohmah. Yang menjadi dambaan setiap keluarga Muslim, baik di dunia mahupun di akhirat.

Sunday, January 15, 2012

KeJAtuHaN Itu

kehilangan yang membawa kejatuhan.... 
andai mmpu digapai... 
sudah tentu disambut.. 
tapi terbina satu halangan.. 
ibarat langit dan bumi... 
tiada apa yang mampu..  
puas dibendung... akhirnya terlerai jua.. 
mungkin dengan cara yang salah... 
tapi itu jalan yang mampu digapai..
ibarat kemusnahan yang membawa kebahagiaan.. 
salahkah??
andai salah.. 
kenapa dibiarkan?? 
bukan dipelihara... 
mampukah dikembalikan segalanya?? 
mereka tak mampu... 
kerana mereka lebih kepada kesempurnaan.. 
yang rebah...dibiarkan.. 
bagi mereka... dia kalah..
tapi siapa yg menyebabkan dia rebah?? 
sebelum rebah dia hanya tersungkur. 
mereka yang menyebabkan dia tersungkur.. 
tapi mereka biarkan.. hanya melihat... 
mungkin atau tidak... rebah???
mahu dibangkit??
terlalu payah... luka yang dulu...
kini kmbali berdarah... mungkin berganda...  
parut?? terlalu bnyak... 
tapi di cuba... even tiada siapa yg menolong... 
jahat kah?? 
andai si rebah bertukar?? 
dia mahu segalanya kembali.. 
kembali seperti dulu........... seperti dulu... 
walaupun ianya terlalu sakit..
tapi digagahi juga... biarlah...
~~Aku sayang kan kau tapi kau bukan milik ku~~

Saturday, January 14, 2012

hari ni happy sangat2 coz dapat hadiah MP3..hikhik..dah pon di tuntut..warna biru tapikan best kalau warga pink..ermm xpe la barang free kan terima la seadanya..pastu pergi shoping buku2 hampir RM 155.00..wahh banyak gila.. ada 2 buah buku yg x sabar2 untuk dbaca.. tentang apa al-Quran dan think big..harap balik nanti dapat membacanya d samping menyiapkan tesis.. ermm..semalam kena hujan badan dah rasa mula2 panas..sorry antri ni sangat ringkas sbb keadaan tidak mengizinkan.. 

Thursday, January 12, 2012

~PenGaJaRaN HiDUp~

TANDA-TANDA CINTA YANG SEMAKIN PUDAR... ! 
♥ Malas angkat telefon.. 
♥ Taip sms pun pendek2 jer.. 
♥ Dengan orang lain dia boleh cakap ‘single’..! 
♥ Bagi alasan.'awak nie terlalu baik untuk saya.saya tak layak untuk awak.' . masa ngorat kita dulu xda pulak timbul hal tu..! 
♥ Bila kita cakap “i love u”, dia balas ‘K” ja..?!! 
♥ Ada apa-2 hal asyik cakap malas, malas, malasss ja.. 
♥ Sudah pandai bergurau secara kasar n menyakitkan hati.. 
♥ Dia dah x kisah kalau tak jumpa pun..sebulan x jumpa lagi bagus.. 
♥ Apa kita buat dah tak betul dimata dia.. 
♥ Dia nampak kelemahan kita lebih dari kebaikan.. 
♥ Dia dah tak kisah apa yang jadi pada kita..
♥ Susah nak senyum @ gurau2 macam dulu-dulu.. 
♥ Dulu-dulu asal nak keluar dating jer mesti nak pakai baju matching..sekarang dah .taknak.. rimas katanya..poyo plak dah katanya sekarang.. 
♥ Dulu boleh jer bergayut berjam-jam.. sekarang 5 minit pun susah,..katanya hp cepat panas.

ouuucchhh..memang tepat sangat2..hhuhu..semasa bercinta sume baik kan..cakap tu ok..cakap ni ok tapi bila hati dah tawar mcm2 alasan bagi..hahaha..this is man. orang cakap hangat2 tahik ayam..time nak jek beriaya2 dah dapat x pandai pulak nak jaga n menghargai..huhu..
dulu awak banyak mengajar sy tentang kesabaran..menghormati dalam perhubungan..menjadi seorang perempuan yang penyayang tapi awak juga yg menusnahkan semua tu..HANCUR punah segalanya..hanya janji tinggal janji..awak mengajar sy kalau merajuk jgn mudah letak call dengar penjelasan dulu..tapi last2 awak yang buat benda sama..masa besday awak..ingatkan awak nak call ckp dgn sy rupanya jauh panggang dari api..awak bergayut dengan pompuan lain sampaikan sy call lebh dr 5 kli awak still x jawab..awak kata nak jaga hati pompuan tu..ok fine!! sy sangat3 terluka..sampai hati awak kan..sekarang sy xda hak..so awak jaga la ati pompuan tu jgn sampai pompuan tu buat benda yg awak buat thadap sy..semasa dlm perhubungan dgn awak..kita just jumpe sekali je tu pon masa raya n sy pergi ke tempat awak..nak awak dtng sini..jgn harap la kan banyak2 alasan awak bg..ok!! sbb atas dasar cinta sy drive sorang2 pergi jumpe awak dan tiap kali sy ajak awak dtng sini berjuta alasan awak bg..tapi last2 awak bgthu awak pergi jugak ke rumah orang yg awak syg..awak masa tu Tuhan je tahu mcm mane perasaan sy..sy tahu kalau betul2 awak cintakan sy..awak akan dtng umah sy masa kita couple dulu..kat sini dah terbukti awak tak pernah cintakan sy dan awak cuma simpati terhadap sy.. tapi x ape InsyaAllah sy akan dapat menerimanya kelak walaupun sangat menyakitkan.. sekarang awak cakap awak x akan tinggalkan sy mcm tu dan awak bukan mcm lelaki laen tapi bagi sy awak sama je dgn lelaki laen..awak ingin thu perkembangan sy..apa yg saya buat dan awak slalu msj n call sy sbb awak RASA BERSALAH dan SIMPATI terhadap apa yang tlh awak lakukan kpd sy..hahahha..itu lah KENYATAAN!!.. tapi x pe lah..sy akan terima seadaanya semua yg di rencanakan oleh Allah adalah baik untuk setiap makhluknya..awak jaga la bakal isteri awak elok2..didik dia mjadi isteri yg solehah dan mama yg baik untuk zuriat awak..semoga awak bahagia sentiasa itu harapan sy..
terima kasih juga kerana awak mematangkan sy dlm hal percintaan..sy jadikan semua ni sbg pengajaran dlm hidup sy..walau pun sangat3 pahit tapi sy akan terima dgn hati yg terbuka.. AWAk..sy akan sentiasa update blog ni dan 1 je harap sy..awak x payah la msj or call sy lagi..cuma tu je sy nak.. sy x nak ada ape2 kaitan lagi dgn awak sbb sy thu bukan senang bg bakal isteri awak menerima kalau awak masih bhubung dgn sy..mcm sy dulu..slalu cemburu dengan idz..hehehe..sy faham hati perempuan mcm mane..kalau blh sy x nak thu perkembangan awak lg sbb semua tu menyakitkan untuk sy.. biarlah sy mcm ni dan awak x payah la rasa simpati dan bersalah lg terhadap sy.. sy harap awak akan bahagia dunia dan akhirat.. sbg kawan sy ingatkan kpd awak..solat jgn lupa n jadi suami dan ayah yg btanggungjawab thadap anak2..semoga awak kekal bahagia sampai ke akhir hayat..itu doa sy.. :)

~PedoMAn DiRi~

aku sering dambakan untuk menjadi seorang gadis yang paling cantik dimata setiap lelaki tapi apa kan daya..itu cuma angan2 belaka..aku sering dambakan mempunyai bentuk badan yang menawan tapi ape kan daya itu cuma igauan semata2..aku sering dambakan mempunyai raut wajah yang cantik dan ayu tapi itu cuma tinggal impian sahaja.. aku adalah insan yang kerdil dan serba kekurangan.. aku manusia yang polos...aku manusia yang kejam..itu lah AKU yang sebenarnya..tanpa hypokrit semata2..aku cuba untuk merealisasikan semua itu tapi ape kan daya setiap insan memiliki kelebihan dan kekurangan masing2 yang telah diaturkan sebaik mungkin oleh Sang Pencipta..

ingat lagi kata2 dia "buat ape nak simpan makwe cantik macam tu...kan lebih baik terus jek kawen"..hahhaa..bro u punya mind kena minum shake banyak2 n ambik aloe banyak2 ya..bg pick up sikit bro punya cara pemikiran tu..memang semua orang sukakan benda cantik tetapi jika cantik luaran tapi dalam kurang xda guna jugak kan?? so jgn nak menilai manusia dari segi luaran..kenal dulu hati budi mcm mane sbb cantik bila2 masa Tuhan nak tarik sekejap jekk..mcm ceramah ustaz idrus cakap la..ada bini cantik wat perhiasan..masak x pandai..buat keja x nak..jaga tangan n kuku takot kasar..last2 makan kat luar..buku resepi bukan maen bertimbun 365 resepi..1 resepi 1 hari..last2 masak singgang ikan jek bagi laki makan..hahh!! ambik ko..kan nak bini cantik sangat kan..hahahaha...so dalam hal ni Islam cakap setiap perkara kita hendaklah bersederhana..cukupla memilih isteri yang sedap mata memandang dan menyenangkan hati.. 

kalau mcm tu aku pon kena pilih suami yg sedap mata memandang dan menyenagkan hati..ye lah kan nak pilih yg hensome x blh sbb aku x da lah cantik..x ramping..muka x licin..hhahahhaha..orng kata ukur baju d badan sendiri..tp yg penting  dia mesti pandai masak dan sukakan budak2..hehehe...mangikut refleksi ramalan drp member aku yang ambik TIB..aku akan kawen 2017..hahahhaha...leh caye kew?? asal lambat lagiii..kalau mcm 2 ada la peluang nak sambung Master n sambung Phd...keluar leh pangkat Dr falsafah n kawen..hahaha..tapi  JODOH, REZEKI, AJAL Tuhan sudah suratkan semasa umur 4 bulan ketika d dlm perut mak kita lagi..so sekarang usaha dan tawakal... 


Wednesday, January 11, 2012

Kalau kita di KECEWAkan apa yang kita buat??
→ ( -_-) - Mestilah MENANGIS dan SEDIH
→ SEBAB......??
→ ( -_-) - Tak SANGKA orang sanggup buat kita macam tu
→ dan lepas tu kita kamu BUAT APA??
→ ( -_-) - Tak nak PERCAYA pada dia lagi!!
→ 0o0 macam tu ke?
( -_-) - Mestilah!
→ TIDAK RASA ke KECEWA itu satu HADIAH dari ALLAH SWT??? 
→ ( -_-) - Sebab?? 
↓ ♥ Dari kerana sebab KECEWA, ALLAH SWT mengajar kita LEBIH bersikap BERHATI -HATI DAN JANGAN terlalu mengharap pada Makhluk-Nya, INDAHKAN?? ♥ 
JADI jangan sedih sangat ,INGAT kita ada ALLAH SWT yang SENTIASA bahagiakan kita .........

~SeMua SudaH TerTuliS~

“Usah menjangkakan masa depan,
kerana masa depan adalah milik TUHAN
Hadapilah hari-hari mendatang dengan SENYUMAN, 
segunung USAHA serta TAWAKAL
REDHOLAH atas segala yang Allah berikan kerna itulah yg 
TERBAIK buatmu
senyumlah dengan segala kurniaan daripada TUHANmu ~~
berani untuk sakit
berani untuk menerima
 berani untuk kehilangan
dan berani untuk melepaskan adalah CINTA
kerana CINTA bukanlah cinta !!!
 CINTA adalah KESANGGUPAN ! 
CINTA adalah KEIKHLASAN ! 
CINTA jauh lebih dalam melihat dari kedalaman nafsu.. 
lebih agung dari kebesaran Allah
lebih bijaksana dari murka 
lebih dari rasa memiliki… semua orang punya rasa cinta 
tapi… tidak semua memiliki CINTA !!!
harus percaya kpd JODOH!!..

setelah sekian lama bumi Tuhan tidak dibasahi hujan..alhamdulillah. hari ni jawab exem maen hentam je ikot telintas..hhaha..dapat qadha tido sampaikan mak call angkat dalam keadaan mcm orng x tido 10 tahun..hahhaa..sangat nikmat kalau boleh nak je bangun pagi esok..melampau sudah..hahaa..semalam tido2 ayam sbb fokos stady sampaikan x on9 pon..hahha..first time x on9 slalunya 24 jam kot..ermm satu perubahan dalam hidup aku tapi mcm x caye jek..hikhik..dia antar msj kt fb pon aku x tau..kan x on9..dah tahu orng x on9 xyah la antar msj kat fb bro..balik exem bukak n tgok msj tu dah terlambat..nasi dah jd bubur..hahaha..hari ni still kejutkan dia bangun takot terbabas maklum la kan same2 kuat stady..stady la sangat kan?? hehe..pastu dia ajak turun saparan pagi..makan pagi and terus ke dewan exem..ada lagi 3 paper belum setle dan 3 hari berturut2..so kena stady awal2...mintak2 result sem ni lebih gempak lagi daripada sem lepas..semoga Allah makbulkan doa aku dan dapat bahagiakan mak n ayah..aku cabar sem ni pointer 3.6 kalau x dapat harus dan wajib usaha dengan lebih gigih pada sem last..tak boleh maen2..pastu ada misi penting dalam hidup aku dan akan tunaikan dalam tahun ni jugak..just wait n see..akan aku BUKTIKAN!!! 
SeLaEn RaSa sUka DaN raSa cYnta.. 
aDa pEraSaaN y9 LbH mEndLm..
yaiTu.. raSa SAYANG
Rasa y9 tiDaK hiLaNg sEcEpaT raSa cYnTa..
RASA YANG TIDAK MUDAH BERUBAH..!! 
PeRasaN y9 dPt mEmBuaTmu 
BERKORBAN unTuk oRg y9 kaMu saYangi..!! 
MaU mEnDeriTa 
DEMI kEbaHa9iaaN oRg y9 kaMu saYan9i
aPabiLa cYnta iNgiN mEmiLikinya..!! 
NaMun SAYANG haNya iN9in mELihaT oRg y9 diSaYan9inYa 
BAHAGIA_wLwpUn haRus kEhiLan9aN..
WaLaupoN menYAkitKan!! 
Tp aPabiLa kaMu mEncOba mEnuTup maTamU daRi oRg y9 kaMu saYangi_
SAYANG iTu aKan bErubaH 
mEnJaDi TETESAN AIR MATA daN tEruS tIn9gaL di dLm haTimU 
DALAM JARAK WAKTU YANG CUKUP LAMA !!!!!!!!!

HaNyA SeKILAs

dia menduga aku dengan kata-katanya lagi.. 
wajah ku tetap tenang.. namun..  
hatiku terluka dengan kata-katanya.. 
bibirku tersenyum.. namun.. 
jiwa ku mulai berdarah dengan bait-bait ayatnya.. 
sungguh.. aku terluka.. 
akhirnya menitis jua air jernih dari pelupuk mata.. 
terzahir jua apa yang ku pendam.. 
namun ku titipkan jua senyuman..  
kau mengatakan hanya ingin menguji.. 
tuluskah diriku.. jujurkah aku.. 
itu semua hanya satu alasan untuk menutupi mengaburi aku dari kenyataan..  
akhir nya.. kau katakan jua.. 
aku hanyah SANDARAN semata.. 
tersenyum dalam kepahitan.. 
terima kasih.. akhirnya kau berlaku jujur.. 
aku hanya mampu tersenyum.. 
kemahuan mu ku laksana kan.. 
terpisah kita jua akhirnya~~~

Monday, January 9, 2012

NaSiB mAlaNG..

hari ni sungguh malang nasib aku..jatuh motor nasib baek masa tu x bawak laju klau tak..ermmm..x tau la ape nak jadi dah la time exem..kaki berdarah dan masih sakit2..klau bagi tahu mak mesti kena marah "tu lah bawak motor cuai..bawak laju2 nak g mane? kalau slow x sampai ke??" hahha..pasti ni yg terkeluar dr mulut mak..Syukur sangat2 sebab motor kawan xda pape..aku x kisah pon kalau sakit yg pasti motor orang tu xda masalah..da la ujung sem pokai mcm ne nk bayar ganti..tapi masa jatuh tu..adoiiii malu siot..hahahhaa..masa tu ada seorang lelaki lalu dan dia tengok aku tertunggeng tepi jalan n si farah lak blur tak tau nak wat ape2 coz dia dari awal2 dah lompat dari motor..nasib baek la lelaki tu datang angkatkan moto..Fuuhhh..bapak dooh malu..tapi lelaki tu dgn slambur bodoh ke angkat motor dan tanye ada cedera kat mane2 pastu dia terus beredar.. dia tgok aku tersipu2 malu myb dia paham kot ..hahhaha...nasib baik aku x pengsan tengok darah..slalunya lau tengok darah terus pitam tapi kali ni laen mungkin ada hikmah disebalik sume ni..jantung mengepam darah dgn sepantas kilat nak luruh rasenya..tapi syukur la semuanya selamat..hahhaha..nasib2..

sampai bilik n buka buku stdy jap pastu telefon berdering..tutttttttttt!!..eh no x kenal..aku angkat..pompuan yg cakap..rupa2nya aku dapat hadiah cabutan bertuah MP3..hahhahha..x sangka dalam kedukaan Allah bagi kegembiraan..Terima KAsih Allah.

Saturday, January 7, 2012

JanGaN BuAt OraNg YaNg MEnCinTaI KaMu KEceWA

1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.
8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.
10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.
12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh di mata, jauh di hati?’
16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
20].Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.
23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

Thursday, January 5, 2012

5 JaNUaRI 2012

hari ni pelbagai sejarah yang manis berlaku dalam hidup aku..Thanks Allah..aku bersyukur kepadaMu..semalam awak porpose sy untuk couple dengan awak..tapi sy tak bagi jawapan..maaf awak...balik cuti nanti kita bincang..sebab sekarang sy nak fokos exem..harap awak paham.. pastu masuk dewan peperiksaan dengan hati yang lapang..Alhamdulillah dapat jawab dengan baik walaupun x sempat kerana masa terlalu singkat..pastu balik kolej dapat berita gembira lagi..dah dapat tahu tempat LI kat mane..syukur dapat kat tempat pilihan pertama..semua ini atas rezeki Mu ya Allah..terima kasih banyak2 dan tidak terhingga... :)

Monday, January 2, 2012

~SanTaPaN HaTi~

salam smua...
admin ada sorg kwn ni...
ppuan la...dia syg sgt dkat bf dia...
boleh katakan stiap mnit xsah klu xfkir bf dia...
yg bf dia ni plak sbuk sgt la...
nk msj pn xsmpat,call xagkt...
klu emergency mmg xleh harap la kan...
then nk d jdikan crita sbb xpcya laki sgt...
admin tmankan dia g intip kat rmh bf dia...
pd 31hb hr tu dia g intip sorg2...
tgk keta je...keta ada...so ada kt rmh la...
pd 1 hb plak admin tmankan kbtulan nk g krja skli...
keta msih ada...xbgerak pn sbb bf dia dmam...
xg kja la...igt ada kuar g klnik tpi mcm xkuar je...
blik kja pd 1 hb pagi around 1 lbih dia nk g tgk lg...
admin tmankan jg...keta dia still xgrak...
mmg xda kuar la tu...then dia blur jap xth nk wtpe...
admin bg cdgn sruh naik spai dpan pntu...
dia pn follow je...
bla spai dpan pintu pn mmg xda apa la sbb dia xth ktrg dtg n tntu la xda org yg kmi jpa... rmh dia pn syap je sbb dia stay dgn mak ayh wlupn dh kja... laki ni caring psal kuarga dia...
yg ksian kwn admin la sbb xda msa nk kuar dgn bf dia... klu xnk kuar at least msj je gtau tgah wtpe...xda la ssah ht... admin fkir lki ni ada gf lain tpi xda bkti nk tduh2..
bf dia nk prnah clash dlu sbb ppuan tu xthn dgn prgai dia...
mgkn kwn admin ni jnis sbar jg tpi ada la jg slah dia...
pe pdpt korg??? dh dkat 3 thun dh than je...

Zarwani Zaini cri la yg len...wtpa tgu benda yg sia2...
Farah Hanie sayang betul die gn bf dy.. kan bgos kalo bf dy taw btape cintenye perempuan ni kt dia..
Cik Mya buang saja , kalau 3 tahun tapi langsung x memberI ape2 makne buat ape ? ce pikir. kenapa kaum hawa je yg perlu rase penderitaannya ? Xgune jadik BONEKA HIDUP KAT LELAKI !perempuan jugak berhak merasai kebahagiaan ! tqvm !
Khuzaimah Abdul Rahman Pd pngalaman,ad sesuatu yg x kene..tp biase la,pmpuan..slalu nye lau dh sayang,salah ape pn laki tu,buat2 x salah..nk sedapkan hati..doa2 la semoga Allah tunjuk kebenaran..
Halley El jgn jd hamba cinta lelaki bkn muhrim..cintaila lelaki i2 jika dye sah jd SUAMI kamu..masa 2 bru jlnkn tgujwb kamu sbg ISTERI y solehah..bf/2nang belum tentu dye 2 jdoh kamu

memang susahkan klau seseorang tu selfish!!..buat keputusan sorang2 tanpa perlu berbincang dgn pihak yg lain..tanpa mjaga hati dan perasaan orng lain..ErMM..lumrah dunia.. AWAK..bagi awak mungkin untuk melupakan semua ini cukup mudah krn ni semua keputusan awak..ada ke awak fikir tentang perasaan dan hati sy..kekecewaan sy..kesedihan yg sy alami...TAK KAN???.. klau ya pun..awak just cakap semua ni ketentuan dan ada hikmah di atas ape yg terjadi..mungkin awak bahagia sebab ini semua awak yg berkehandakan tapi di sudut hati kecil sy jauh sama sekali..memang susah dan sungguh menyakitkan!!..perasaan orang yg ditinggalkan tidak sama dengan orang yg meninggalkan seseorng..awak tahu tak ..orang ditinggalkan menderita 80% berbanding daripada orng yg meninggalkan  cuma 30%.. ADIL ke semua ni???  sbab awak tu selfish awak tak pernah fikirkan semua ni kan???... sekejap je hati manusia ni berubah!!


sebagai hadiah tuk awak
sy hadiahkan lagu ni..
ST12 <JANGAN PERNAH BERUBAH>
sy harap lepas ni perasaan awak x akan berubah..
dan perasaan sy TAk AKAN dan TAK PERNAH BERUBAH..
semoga menempuhi alam baru.. hikhik :D