Saturday, September 25, 2010

SEKETUL BERLIAN


Saya tertarik dengan satu artikel semasa saya melawat ke laman sesawang. Artikel tersebut menyatakan bahawa didalam diri manusia terdapat berlian yang berharga. adakah anda percaya bahawa di dalam diri anda terdapat berlian yang berharga? Daripada sumber dalam artikel tersebut  menyatakan bahawa didalam diri setiap manusia terdapat berlian yang berharga. Berlian adalah batu permata paling barharga didunia. Dalam bentuk yang asli, ia adalah karbon dalam bentuk paling pekat. Berlian terhasil kurang 161 kilometer atau 100 batu di dalam bumi.

Bagi menghasilakan berlian, karbon di dalam bumi perlu mendapat tekanan seberat 435,113 paun bagi setiap inci persegi (psi) dan dipanaskan pada suhu yang tidak kurang daripada 400 darjah celcius. Apabila kedua-dua tekanan dan suhu ini tidak mencapai tahap yang disebutkan berlian tidak terhasil. Sebaliknya yang terhasil adalah grafit. Grafit adalah karbon lembut yang dapat dibeli di tepi jalan dalam bentuk pensel dan alat pelincir.  Kebanyakan berlian yang kita lihat pada hari ini terhasil di bawah jutaan tahun dahulu. Ini menjadikan berlian bahan mineral paling keras di muka bumi.

Sebenarnya manusia memiliki berlian di dalam dirinya kerana lebih daripada 18% jasad manusia terdiri daripada kerbon. Namun berlian di dalam diri manusia tidak terhasil tanpa tekanan dan ujian sebagaimana berlian di dalam bumi yang tidak terhasil tanpa tekanan yang kuat dan suhu yang tinggi. Berlian di dalam diri manusia hanya terhasil apabila kesabaran diuji, kecekalannya dicabar, kesungguhan dan kegigihannya disuling dan keimanan serta ketaqwaannya ditapis. Apabila manusia berjaya melepasi ujian ini, dia menjadi permata umat yang mampu mengukir sejarah kecemerlangan dalam hidupnya. Pada masa itu, dia mencapai kebaikan di dunia dan kabaikan di akhirat.


Wednesday, September 22, 2010

MENYUSUN SEPULUH JARI


SeLaMaT HaRi RAyA mAaF ZaHir BaTin

Ampun dan maaf andainya
TERkasar bahasa
TERsilap bicara
TERmarah yang tak kena
TERtanya yang tak tentu hala
TERsasul yang tak sengaja

TERpukul kat mana-mana
TERpekik di telinga
TERhantuk di kepala
TERpinjam harta benda
TERmoody tak semena-mena
TERumpat bila-bila
TERmacam-macam lagi yang kena mengena

MENYUSUN SEPULUH JARI MEMOHON KEMAAFAN