Friday, December 31, 2010

PERJALANAN 2010


PERJALAN HIDUP 2010 BANYAK MENGAJAR
ERTI KEHIDUPAN DARIPADA MASYARAKAT SEKELLILNG
LEBIH MEMATANGKAN DIRI INI..
SYUKUR PADA MU YA ALLAH
AKU DIBERI KESEMPATAN BERPIJAK DI 
BUMI MU INI..

JAMUAN HARI RAYA WARGA PERSURATAN

LAWATAN KE DBP

BAKAR AYAM AKHIR SEM 1 TAHUN 2

WARGA PERSURATAN 

TEMAN SEPERJUANGAN UKM

EXTRAVAGANZA AT SINGAPORE

HERBALIFE AT TIMES SQURE KL

RENIOUN 6A4

Thursday, December 30, 2010

Bahan

1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk coklat
1 tsp soda bicarbonat
secubit garam
sedikit vanila
2 cawan gula
3 biji telur
1 1/4 cawan susu segar
1 1/2 cawan minyak jagung
1 tsp coklat mocca paste
1 1/4 cawan air panas

Cara
1. Ayak tepung, soda bicarbonat, serbuk koko, garam dan vanila.
(Oleh kerana kakak guna vanila, vanila dimasukkan ke dalam bahan cecair.
2. Pukul gula, telur,susu,minyak dan mocca paste.(kakak guna blender)
3. Campur bahan (1) dan (2) dan kacau rata.
4. Akhir sekali tambah air panas sambil adunan di kacau.
5. Masuk dlm loyang.
6. Bakar dlm oven 180'C selama 45-50 minit. 



my favourite kek coz sedap dan senang untuk disediakan..semasa ditingkatan aku suka sangat buat kek, biskut, masak tak payah nak cakap la..chef no  1..hahaha..selepas masuk U haram sume rasepi dah tak ingat coz dah lama tak menjejakan kaki ke dapur..emmmm!!!..teringin juga nak makan kek dari air tangan aku sendiri tapi apakan daya..mohan bersabar ya cik tekak..tunggu nanti balik kg..(^_^)..kepada kawan2 cuba la resepi ni comform sedap!!..tak payah susah cari kedai kek buat je sendiri!!..hehehe

CiNta


Ya Allah jika aku jatuh cinta Ya Allah
cintakanlah aku pada seseorang
yang melabuhkan cintanya padaMu
agar bertambah kekuatan untuk menyintaiMu

Ya Muhaimin jika aku jatuh cinta
izinkanlah aku menyentuh
hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu



Ya Rabbana jika aku jatuh cinta
jagalah hatiku padanya
agar tidak berpaling daripada hatiMu

Ya Rabbul Izzati ji

HATI - ASMA SYAKILLA

hati..raja segala situasi
adakala kau suka
adakala kau duka
adakala kau kecewa
adakala kau bahagia
adakala kau meronta
adakala kau memiliki cinta
adakala kau memusnah jiwa
sememangnya kau memusnahkan manusia

hati
kau meragut cintaku
cinta luhur dan abadi
kau memusnahkan cintaku
lantaran keegoaanmu
betapa deritanya aku
pabila berdamping denganmu
kau dan aku tidak sehaluan
masing-masing punya impian
kau menakluki manusia
aku menakluki cinta

hati..
bolehkah kita bersatu??
sememang itu yang aku mahu
bergabung tenaga menakluki manusia
menyatu hati dua jiwa
kau dan aku raja
memerintah jiwa manusia
mengapai cinta untuk bersama
YA ALLAH!!..sungguh sayunya malam  ini..tiba-tiba hati tersentuh mengeluarkan mutiara jernih..wajah ibu bermain dalam kotak fikiranku..kenapa jarak menjadi ukuran pemisah antara kami..tabahkan hatiku ini YA ALLAH..
kenapa hati ini selalu di lukai..apa salah aku???..YA ALLAH kau tabahkanlah hatiku ini..lebih banyak dukanya daripada kebahagiaan. jiwa seperti di panah petir lantas keguguran mutiara jernih mengalir dipipiku. andai ku tahu ini akan terjadi tidak ku pilih jalan duka ini..seluruh jiwa dan limpahan kasih sayang ku hulurkan bagi mengisi ruang hatimu..masih tidak cukupkah semua itu??!!!..mengapa aku sentiasa di lukai?? pada kau perkara biasa tetapi  bagiku ia sungguh luar biasa. kesabaran ku sentiasa kau uji membuatkan ia keguguran lagi..YA TUHAN..sungguh menyakitkan..mampukah aku bertahan andai diuji lagi??? aku hanya manusia biasa yang sentiasa tergugat dan mampu mengalirkan air mata..sering kali aku berdoa supaya ENGKAU tutupkan pintu hatiku untuk dia..aku buntu adakah ini jalan PENYELESAIANNYA?????????? YA TUHAN kau permudahkan segala urusan hambamu ini dan simpulkan ikatan ini sekuat-kuatnya....

10 minit sudah berlalu tiba di kamar impianku..kelas di batalkan kami senyum keriangan kerana seharian berada di kampus..sungguh penat rasanya kotak fikiran dan tidak lagi mampu untuk mengisi ilmu..sudah 2 minggu ke kampus naik turun anak tangga dek moto yang rosak..terpaksa menempuhi sebanyak 125 anak tangga..ohhh TUHAN!!..tubuh ku rasa mahu sahaja pitam..aku melangkah longlai di temani rasa ketakutan akan monyet dan juga anjing liar..berkecamuk hatiku..hanya ALLAH yang tahu..sampai sahaja di bilik muka yang dialas make up pada asalnya dialiskan dengan peluh jantan oleh sinaran matahari yang mengila..

Wednesday, December 29, 2010

petang yang suram ditemani awan dalam kesuraman menunggu waktu mencurahkan air jernih ke bumi TUHAN yang indah..pupukan bayu petang membelai diri ku membuatkan mata semakin kuyu layu..dentuman guruh kian meninggi memecah kesunyian petang ini..HUJAN..HUJAN..tempikan katak yang galak memanggil hujan..tentu sekali mereka ingin berpesta muda mudi.. awan menujukkan keganasan dan tidak sabar mencurahkan kandungan yang kian sarat..gerimis mulai turun menerjah ke muka bumi di temani angin timur kian membuas..wahhh..dah hujan..nyeyak tidurku di temani nyayian katak yang kuat memecah alam mimpi ku...
manusia di ibaratkan seperti DAUN..semasa kehijauan mendapat kehormatan tapi pabila berguguran menjadi mangsa jalanan..bersepah kekeringan dan kadang kala bertempiaran di tiup angin kencang..inilah di namakan dugaan seperti putaran roda sekejap di atas sekejap di bawah..lumrah dunia mahu tak mahu harus tempuhi..aku harap daun bukan TEMAN akrab ku..ketika tertaut di dahanan sombong tak pandang bumi Tuhan dan pabila keguguran.. baru tahu langit tu tinggi ke rendah..

Mengapa kau pergi
Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu
Berharap engkau jadi kekasih hatiku
Malah kau pergi jauh dari hidupku



Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta



Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku



Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta



Semoga engkau kan mengerti
Tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta
Maaf sungguh ku tak bisa
Untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta



Aku inginkan diri mu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta


RINDU..RINDU..satu perasaan yang bergemelut di sarang naluri ku..apa lah yang mak dan ayah aku buat sekarang waktu-waktu macam ni??...baru je seminggu menjejakkan kaki di UKM rasa macam dah satu abad rasenya..ooohhh masa cepat la kau berlalu aku dah tak sabar mahu pulang ke pangkuan orang tua ku..jiwa aku meronta-ronta kerisauan dengan mimpi semalam..mimpikan gigi sebelah atas tercabut dan lau pada orang tua dulu-dulu cakap ada saudara-mara sebelah ayah akan meninggal..YA ALLAH.. nustakanlah mimpi aku..peliharalah orang yang aku sayangi...MAK!!..rindu ini semakin menebal dengan kehangatan peluk manjamu..hanya suara tua  mu yang mengubat keruan hati ku ini..sabar ya MAk..tinggal setahun je lagi..semuanya akan berAKHIR!!! 

Monday, December 27, 2010

TENSION!!!...TENSION!!!...alangkah seronoknya jika manusia tidak dianugerahkan PERASAAN..hahhh!!  tidak mungkin..tanpa perasaan macam mane manusia teruskan kelangsungan hidup mereka..sejak kebelakangang aku sentiasa tension memikirkan banyak hal yang belum setle..rindu dekat mak dan ayah membuak-buak..sihat ke dia orang kat kampung???..pelbagai persoalan menerjah di kotak fikiran ku..YA ALLAH PERMUDAHKAN SEGALA URUSAN KU!!!....






cakap pasal duit ni memang tak pernah cukup..manusia hamba duit sanggup abaikan hal akhirat demi berlumba-lumba memenuhi hal dunia..ohh tidak sampai bila harus begini?? ermm..DUNIA..DUNIA..kau lebih menguasi nafsu manusia..sekalung tahniah!!..ada sampaikan mengadaikan maruah untuk mengisi perut dan tidak kurangnya menjadi pisau cukur..moga aku tidak tergolong dalam golongan tersebut...Amin..amin..kadang kala tak boleh tenggok orang lain bergaya sikit mula la nak  iri hati..biar duit tak ada pon no problem asalkan dapat bergaya lebih..hohoho..manusia gila-gila duit!! tidur duit..makan duit..maen duit..sembang duit..bakkata semualah pasal duit..tapi kalau aku ada banyak duit..apa erk aku nak buat???  buat lapik tidur dalam kubur la..hihihihi..mana kan tidak lau aku tinggalkan dekat orang yang masih hidup mesti dia buat joli sana sini..waaaaww..idae yang bagus ni..hahhaha  :P


CINTA.. perlu ke setia??? huhu...dah rase muak dah dengan pelbagai masalah cinta ni..banyak yang pahit daripada manisnya. ingat masa sekolah darjah dahulu adala la seorang kawan ni dia nak ngorat kawan aku sampaikan kejar pompuan tu satu kawasan sekolah..adooiii bodoh betul..hahahaha..naik tingkatan pun benda sama menjadi isu dikalangan kawan-kawan aku..CINTA..CINTA..masa tingkatan ada la minat kat mamat ni..hehhe tapi cinta aku tak di sambut dan mula pada itu aku janji tak kan bercinta cintun lagi. sehingga lah sekarang dah masuk U..dulu x da pon dalam kamus hidup aku nak menjejakan kaki ke menara gading tapi Alhamdulillah rezeki yang diberikan Allah..SYUKUR!!  now i'm not single..hehehe..ermm macam tak caya lak ada gak orang suka dekat aku...hihihi. mula-mula kenal cakap pasal bisnes sebab kenal pon bisnes lah punya angkara..tinQ HERBALIFE!!!! aku x mengharapkan apa-apa dalam perhubungan ini..kalau ada jodoh tak kemana dan tak kan lari gunung di kejar..lau lari pon cari je yang lain..hahha but in imposible!!!

Wednesday, October 20, 2010

GOOD MORNING


Alhamdulillah masih lagi diberi keizinan oleh Tuhan berpijak di bumi-Nya. Pagi yang indah dengan riak keriangan kicauan burung memecah sunyi pagi yang damai Mentari belum menunjukkan keganasan kuasanya menggigit suasana suram. Sungguh tenang sekali.    Setiap langkah di sertakan dengan niat dan nawaitu supaya kerja yang terlaksana mendapat berkat di sisi Allah. InsyaAllah.






Bunga-bunga kehidupan yang selalu mekar dalam diriku yang disirami dengan keimanan dan ketaqwaan sebagai seorang hamba yang menumpang di sudut dunia. Kadang kala ia layu seketika apabila diri dirunding petaka dan disulami kealpaan melanda. Apabila semakin dekat kepada-Nya hidup subur seperti mendapat baja. Baja kehidupan yang menghasilkan bunga-bunga kebahagian.  Keindahan taman dunia yang menyusuri kehidupan. 

Sunday, October 17, 2010

KITA SERUPA WALAUPUN BERBEZA

Kucing binatang yang paling manja dengan manusia. Kadang kala kehidupan mereka sama seperti manusia. Ada yang memiliki kemewahan dan  juga yang merempat. Teringat saya tentang kucing parsi milik Adam yang di dilayan seperti putera. Bulunya wangi dengan keharuman buih sabun, rapi dan teratur sekali bulunya yang lebat dan sajian whiskes setiap tiga kali sehari. Alangkah beruntungnya. Berbeza pulak dengan kucing di jalanan yang dipandang hina dan menjijikan. Bulunya yang kusut masai dan hidup merempat di kaki lima. Mendapat sajian dari tong sampah dan juga sisa makanan dari gerai makan di tepi jalan. Pada satu petang saya dengan kawan rancak berbual-bual sambil membasahkan tekak kami dengan milo ais. Terpandang saya kearah seorang pemuda yang sedang menyapak seekor kucing kurap. kucing itu lari mendapatkan perlindungan. Air matanya berguguran dengan sikap manusia yang tidak berperikemanusiaan. Ia adalah binatang yang lemah dan tidak dipedulikan seperti kucing parsi yang tinggal di banglo dalam sangkar yang mewah. Hujan panas tidak peduli. Ia binatang yang terbiar dan hidup tanpa kongkongan. Perlukah ada perbezaan diantara mereka??? sedangkan mereka juga adalah haiwan ciptaan Tuhan yang perlu di hargai dan layak mendapat perhatian daripada manusia..kenapa perlu ada harus perbezaan diantara mereka sedangkan mereka adalah haiwan yang sama di sisi Allah..


Saturday, October 16, 2010

Alangkah tenangnya  minda jika dapat manjakan diri di spa. Setelah  seharian penat menghadap komputer dan kertas kerja. Suasana di spa dapat menenangkan fikiran. Manakala urutan yang ditawarkan dapat melegakan lenguh-lenguh badan seharian duduk diatas kerusi. Lupakan seketika masalah dan tekanan yang ada. Sungguh bahagianya hidup ini..

Friday, October 15, 2010

KAU MATAHARIKU


Detik masa terus berlalu tanpa menanti sesiapa dan semakin hari umur semakin meningkat angkanya bersama peredaran masa. Kita semua dilahirkan di dunia ini melalui seorang yang bernama ibu. Begitu besar peranan dan jasa ibu kepada anak-anaknya. Ibu tidak mengharapkan balasan dari anaknya melainkan kasih sayang. Ibu diibaratkan matahari yang selalu menyinari kegelapan dalam setiap penjuru hidup anaknya. Tempat bermanja, meluahkan masalah dan berkongsi suka duka serta pendengar yang setia. Luahan kata kasih sayang ibu amat bermakna untuk saya. Ibu tidak pernah tengking atau marah, sekali pun saya membuat salah malah nasihat yang mencurah-curah di berikan supaya saya menjadi seorang anak yang berjaya. Tidak pernah jemu dengan kerenah anak-anak walaupun letih seharian bekerja. Tahukah ibu, saya terlalu menyayangi ibu???.. Tiada sinaran cahaya daripada ibu maka matilah seluruh kehidupan saya. Saya rindukan ibu..terima kasih kerana memberi saya peluang tinggal dalam rahim ibu selama sembilan bulan sembilan hari..jasa ibu akan saya tetap sanjungi..ibu adalah matahari dalam hidup saya..Terima kasih ibu..kasih ibu sampai syurga..



Hujung minggu yang sangat sibuk menyiapkan tugasan. Seminggu lagi tinggal untuk berperang dalam dewan peperiksaan..sudah pasti kawan-kawan program Persuratan Melayu bertungkus lumus mengulangkaji dan mengadakan study group. Semoga hujung minggu ini terisi dengan ilmu mengunung. Sama-sama kita mengejar kecemerlangan..InsyaAllah...diiringi doa restu guru dan ibu bapa..


PENYAMBUNG GENERASI KITA



Isu pembuangan bayi sering mendapat tempat pertama di kaca televisyen, corong-corong radio dan di dada akhbar. Sikap manusia yang tidak berperikemanusiaan dan cetek dalam ilmu agama merupakan faktor utama remaja terjerumus ke lembah maksiat. Hal ini berlaku kerana lelaki dan wanita yang bukan muhrim menjalinkan hubungan luar nikah sehingga wanita tersebut mengandung dan melahirkan seorang bayi. Demi untuk menjaga maruah dan menutup malu terhadap keluarga terdekat dan orang kampung, sebagai jalan pintas bayi yang tidak berdosa di buang ke merata tempat. Tong sampah, baldi, sungai, dalam mangkuk tandas, dan dalam semak merupakan sasaran pembuangan bayi. Orang tua-tua selalu berkata ‘ menjaga anak perempuan seorang lebih susah daripada menjaga lembu sekandang’. Terfikir juga saya apa yang dikata itu sememangnya betul. Jika tersilap asuhan, arang di conteng ke muka ibu bapa. Tidak tahukah mereka, anak merupakan amanah daripada Allah??.. Mereka dilahirkan seperti kain putih yang perlu dicorak oleh kedua ibu bapa mereka tetapi belum sempat mengecap keindahan dunia, mereka menjadi sajian kepada burung, anjing, semut, dan pelbagai binatang buas..ooohhh!!..sungguh kejamnya dunia..kemana perginya sifat perikemanusiaan..lagikan binatang menyayangi anaknya inikan pula manusia yang diberikan akal fikiran oleh Allah, tetapi tidak menggunakannya dengan sebaiknya..ooohhh…TUHAN!!!

Sunday, October 10, 2010

ASAP MAUT

Setiap kali berada di tempat awam pasti menyakitkan jiwa. Kaum lelaki yang tidak bertamadun suka melepaskan asap maut dimerata tempat terutamanya kaki lima dan shopping kompleks. Tempat sebegini sudah menjadi kebiasaan bagi mereka. Asap maut itu bukan sahaja menyesakkan nafas malah mendatangkan pelbagai penyakit. Setiap hembusan asap maut yang menerjah ke gerongga hidung saya kadang-kala menyebabkan sakit kepala. Impaknya bukan sahaja kepada si perokok malah orang di sekeliling mereka. Selain itu, puting rokok dibuang ke merata tempat. Kesanya, mencacatkan pemandangan persekitaran sekaligus mencemarkan nama baik Malaysia.
Walaupun pelbagai cara telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan dan NGO untuk membedung tabiat merokok namum, peratusan perokok dari semasa ke semasa semakin meningkat. Dalam situasi ini, siapakah harus di persalahkan???..
                            
                "SETIAP SEDUTAN, MEMBAWA PADAH!!"




Saya ada terbaca dalam akhbar bahagian kesihatan, dimana kesan daripada asap maut ini boleh mendatangkan seribu penyakit jika tidak diambil peduli. Contohnya, simptom paru-paru rosak, barah, kerosakan tisu, dan masalah buah pinggan. Bahkan bukan saja melibatkan si perokok malah orang yang berada di sekitar mereka pun turut merasai bahananya rokok. Kesan asap rokok terhadap isteri si perokok atau wanita di sekelilingnya seperti melahirkan bayi yang kurang berat badan, melahirkan bayi yang tidak cukup bulan, lebih terdedah kepada kanser dan mengurangkan kesuburan dan putus haid awal. Manakala kesan asap rokok kepada kanak-kanak seperti lebih mudah mendapat lelah, mendapat jangkitan paru-paru pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu, dan mudah menjadi perokok apabila dewasa kelak. Si perokok sendiri tahu akan kesan bahana merokok tetapi mereka tidak dapat berhenti kerana sudah menjadi darah daging mereka.
Semasa saya dan kawan meronda-meronda di salah sebuah shopping kompleks, saya terkesima apabila terpandang wajah seorang remaja yang cantik rupa parasnya. Tetapi seribu kali sayang, saya melihat asap maut keluar dari mulut merah milik remaja itu yang di saluti gincu.  Perempaun merokok!!!! tidak kah mereka tahu merokok membahayakan kesihatan. Saya terkilan dengan zaman modenisasi sekarang. Kalau tidak merokok tak 'macho' lah konon. Seribu persoalan, bilakah rakyat Malaysia mahu berubah kearah kehidupan yang lebih sihat???



Saturday, September 25, 2010

SEKETUL BERLIAN


Saya tertarik dengan satu artikel semasa saya melawat ke laman sesawang. Artikel tersebut menyatakan bahawa didalam diri manusia terdapat berlian yang berharga. adakah anda percaya bahawa di dalam diri anda terdapat berlian yang berharga? Daripada sumber dalam artikel tersebut  menyatakan bahawa didalam diri setiap manusia terdapat berlian yang berharga. Berlian adalah batu permata paling barharga didunia. Dalam bentuk yang asli, ia adalah karbon dalam bentuk paling pekat. Berlian terhasil kurang 161 kilometer atau 100 batu di dalam bumi.

Bagi menghasilakan berlian, karbon di dalam bumi perlu mendapat tekanan seberat 435,113 paun bagi setiap inci persegi (psi) dan dipanaskan pada suhu yang tidak kurang daripada 400 darjah celcius. Apabila kedua-dua tekanan dan suhu ini tidak mencapai tahap yang disebutkan berlian tidak terhasil. Sebaliknya yang terhasil adalah grafit. Grafit adalah karbon lembut yang dapat dibeli di tepi jalan dalam bentuk pensel dan alat pelincir.  Kebanyakan berlian yang kita lihat pada hari ini terhasil di bawah jutaan tahun dahulu. Ini menjadikan berlian bahan mineral paling keras di muka bumi.

Sebenarnya manusia memiliki berlian di dalam dirinya kerana lebih daripada 18% jasad manusia terdiri daripada kerbon. Namun berlian di dalam diri manusia tidak terhasil tanpa tekanan dan ujian sebagaimana berlian di dalam bumi yang tidak terhasil tanpa tekanan yang kuat dan suhu yang tinggi. Berlian di dalam diri manusia hanya terhasil apabila kesabaran diuji, kecekalannya dicabar, kesungguhan dan kegigihannya disuling dan keimanan serta ketaqwaannya ditapis. Apabila manusia berjaya melepasi ujian ini, dia menjadi permata umat yang mampu mengukir sejarah kecemerlangan dalam hidupnya. Pada masa itu, dia mencapai kebaikan di dunia dan kabaikan di akhirat.


Wednesday, September 22, 2010

MENYUSUN SEPULUH JARI


SeLaMaT HaRi RAyA mAaF ZaHir BaTin

Ampun dan maaf andainya
TERkasar bahasa
TERsilap bicara
TERmarah yang tak kena
TERtanya yang tak tentu hala
TERsasul yang tak sengaja

TERpukul kat mana-mana
TERpekik di telinga
TERhantuk di kepala
TERpinjam harta benda
TERmoody tak semena-mena
TERumpat bila-bila
TERmacam-macam lagi yang kena mengena

MENYUSUN SEPULUH JARI MEMOHON KEMAAFAN