Detik masa terus berlalu tanpa menanti sesiapa dan semakin hari umur semakin meningkat angkanya bersama peredaran masa. Kita semua dilahirkan di dunia ini melalui seorang yang bernama ibu. Begitu besar peranan dan jasa ibu kepada anak-anaknya. Ibu tidak mengharapkan balasan dari anaknya melainkan kasih sayang. Ibu diibaratkan matahari yang selalu menyinari kegelapan dalam setiap penjuru hidup anaknya. Tempat bermanja, meluahkan masalah dan berkongsi suka duka serta pendengar yang setia. Luahan kata kasih sayang ibu amat bermakna untuk saya. Ibu tidak pernah tengking atau marah, sekali pun saya membuat salah malah nasihat yang mencurah-curah di berikan supaya saya menjadi seorang anak yang berjaya. Tidak pernah jemu dengan kerenah anak-anak walaupun letih seharian bekerja. Tahukah ibu, saya terlalu menyayangi ibu???.. Tiada sinaran cahaya daripada ibu maka matilah seluruh kehidupan saya. Saya rindukan ibu..terima kasih kerana memberi saya peluang tinggal dalam rahim ibu selama sembilan bulan sembilan hari..jasa ibu akan saya tetap sanjungi..ibu adalah matahari dalam hidup saya..Terima kasih ibu..kasih ibu sampai syurga..

No comments:
Post a Comment