Alhamdulillah masih lagi diberi keizinan oleh Tuhan berpijak di bumi-Nya. Pagi yang indah dengan riak keriangan kicauan burung memecah sunyi pagi yang damai Mentari belum menunjukkan keganasan kuasanya menggigit suasana suram. Sungguh tenang sekali. Setiap langkah di sertakan dengan niat dan nawaitu supaya kerja yang terlaksana mendapat berkat di sisi Allah. InsyaAllah.
Wednesday, October 20, 2010
Bunga-bunga kehidupan yang selalu mekar dalam diriku yang disirami dengan keimanan dan ketaqwaan sebagai seorang hamba yang menumpang di sudut dunia. Kadang kala ia layu seketika apabila diri dirunding petaka dan disulami kealpaan melanda. Apabila semakin dekat kepada-Nya hidup subur seperti mendapat baja. Baja kehidupan yang menghasilkan bunga-bunga kebahagian. Keindahan taman dunia yang menyusuri kehidupan.
Sunday, October 17, 2010
KITA SERUPA WALAUPUN BERBEZA
Kucing binatang yang paling manja dengan manusia. Kadang kala kehidupan mereka sama seperti manusia. Ada yang memiliki kemewahan dan juga yang merempat. Teringat saya tentang kucing parsi milik Adam yang di dilayan seperti putera. Bulunya wangi dengan keharuman buih sabun, rapi dan teratur sekali bulunya yang lebat dan sajian whiskes setiap tiga kali sehari. Alangkah beruntungnya. Berbeza pulak dengan kucing di jalanan yang dipandang hina dan menjijikan. Bulunya yang kusut masai dan hidup merempat di kaki lima. Mendapat sajian dari tong sampah dan juga sisa makanan dari gerai makan di tepi jalan. Pada satu petang saya dengan kawan rancak berbual-bual sambil membasahkan tekak kami dengan milo ais. Terpandang saya kearah seorang pemuda yang sedang menyapak seekor kucing kurap. kucing itu lari mendapatkan perlindungan. Air matanya berguguran dengan sikap manusia yang tidak berperikemanusiaan. Ia adalah binatang yang lemah dan tidak dipedulikan seperti kucing parsi yang tinggal di banglo dalam sangkar yang mewah. Hujan panas tidak peduli. Ia binatang yang terbiar dan hidup tanpa kongkongan. Perlukah ada perbezaan diantara mereka??? sedangkan mereka juga adalah haiwan ciptaan Tuhan yang perlu di hargai dan layak mendapat perhatian daripada manusia..kenapa perlu ada harus perbezaan diantara mereka sedangkan mereka adalah haiwan yang sama di sisi Allah..
Saturday, October 16, 2010
Alangkah tenangnya minda jika dapat manjakan diri di spa. Setelah seharian penat menghadap komputer dan kertas kerja. Suasana di spa dapat menenangkan fikiran. Manakala urutan yang ditawarkan dapat melegakan lenguh-lenguh badan seharian duduk diatas kerusi. Lupakan seketika masalah dan tekanan yang ada. Sungguh bahagianya hidup ini..
Friday, October 15, 2010
KAU MATAHARIKU
Detik masa terus berlalu tanpa menanti sesiapa dan semakin hari umur semakin meningkat angkanya bersama peredaran masa. Kita semua dilahirkan di dunia ini melalui seorang yang bernama ibu. Begitu besar peranan dan jasa ibu kepada anak-anaknya. Ibu tidak mengharapkan balasan dari anaknya melainkan kasih sayang. Ibu diibaratkan matahari yang selalu menyinari kegelapan dalam setiap penjuru hidup anaknya. Tempat bermanja, meluahkan masalah dan berkongsi suka duka serta pendengar yang setia. Luahan kata kasih sayang ibu amat bermakna untuk saya. Ibu tidak pernah tengking atau marah, sekali pun saya membuat salah malah nasihat yang mencurah-curah di berikan supaya saya menjadi seorang anak yang berjaya. Tidak pernah jemu dengan kerenah anak-anak walaupun letih seharian bekerja. Tahukah ibu, saya terlalu menyayangi ibu???.. Tiada sinaran cahaya daripada ibu maka matilah seluruh kehidupan saya. Saya rindukan ibu..terima kasih kerana memberi saya peluang tinggal dalam rahim ibu selama sembilan bulan sembilan hari..jasa ibu akan saya tetap sanjungi..ibu adalah matahari dalam hidup saya..Terima kasih ibu..kasih ibu sampai syurga..
Hujung minggu yang sangat sibuk menyiapkan tugasan. Seminggu lagi tinggal untuk berperang dalam dewan peperiksaan..sudah pasti kawan-kawan program Persuratan Melayu bertungkus lumus mengulangkaji dan mengadakan study group. Semoga hujung minggu ini terisi dengan ilmu mengunung. Sama-sama kita mengejar kecemerlangan..InsyaAllah...diiringi doa restu guru dan ibu bapa..
PENYAMBUNG GENERASI KITA
Isu pembuangan bayi sering mendapat tempat pertama di kaca televisyen, corong-corong radio dan di dada akhbar. Sikap manusia yang tidak berperikemanusiaan dan cetek dalam ilmu agama merupakan faktor utama remaja terjerumus ke lembah maksiat. Hal ini berlaku kerana lelaki dan wanita yang bukan muhrim menjalinkan hubungan luar nikah sehingga wanita tersebut mengandung dan melahirkan seorang bayi. Demi untuk menjaga maruah dan menutup malu terhadap keluarga terdekat dan orang kampung, sebagai jalan pintas bayi yang tidak berdosa di buang ke merata tempat. Tong sampah, baldi, sungai, dalam mangkuk tandas, dan dalam semak merupakan sasaran pembuangan bayi. Orang tua-tua selalu berkata ‘ menjaga anak perempuan seorang lebih susah daripada menjaga lembu sekandang’. Terfikir juga saya apa yang dikata itu sememangnya betul. Jika tersilap asuhan, arang di conteng ke muka ibu bapa. Tidak tahukah mereka, anak merupakan amanah daripada Allah??.. Mereka dilahirkan seperti kain putih yang perlu dicorak oleh kedua ibu bapa mereka tetapi belum sempat mengecap keindahan dunia, mereka menjadi sajian kepada burung, anjing, semut, dan pelbagai binatang buas..ooohhh!!..sungguh kejamnya dunia..kemana perginya sifat perikemanusiaan..lagikan binatang menyayangi anaknya inikan pula manusia yang diberikan akal fikiran oleh Allah, tetapi tidak menggunakannya dengan sebaiknya..ooohhh…TUHAN!!!
Sunday, October 10, 2010
ASAP MAUT
Setiap kali berada di tempat awam pasti menyakitkan jiwa. Kaum lelaki yang tidak bertamadun suka melepaskan asap maut dimerata tempat terutamanya kaki lima dan shopping kompleks. Tempat sebegini sudah menjadi kebiasaan bagi mereka. Asap maut itu bukan sahaja menyesakkan nafas malah mendatangkan pelbagai penyakit. Setiap hembusan asap maut yang menerjah ke gerongga hidung saya kadang-kala menyebabkan sakit kepala. Impaknya bukan sahaja kepada si perokok malah orang di sekeliling mereka. Selain itu, puting rokok dibuang ke merata tempat. Kesanya, mencacatkan pemandangan persekitaran sekaligus mencemarkan nama baik Malaysia.Walaupun pelbagai cara telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan dan NGO untuk membedung tabiat merokok namum, peratusan perokok dari semasa ke semasa semakin meningkat. Dalam situasi ini, siapakah harus di persalahkan???..
"SETIAP SEDUTAN, MEMBAWA PADAH!!"
Saya ada terbaca dalam akhbar bahagian kesihatan, dimana kesan daripada asap maut ini boleh mendatangkan seribu penyakit jika tidak diambil peduli. Contohnya, simptom paru-paru rosak, barah, kerosakan tisu, dan masalah buah pinggan. Bahkan bukan saja melibatkan si perokok malah orang yang berada di sekitar mereka pun turut merasai bahananya rokok. Kesan asap rokok terhadap isteri si perokok atau wanita di sekelilingnya seperti melahirkan bayi yang kurang berat badan, melahirkan bayi yang tidak cukup bulan, lebih terdedah kepada kanser dan mengurangkan kesuburan dan putus haid awal. Manakala kesan asap rokok kepada kanak-kanak seperti lebih mudah mendapat lelah, mendapat jangkitan paru-paru pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu, dan mudah menjadi perokok apabila dewasa kelak. Si perokok sendiri tahu akan kesan bahana merokok tetapi mereka tidak dapat berhenti kerana sudah menjadi darah daging mereka.
Semasa saya dan kawan meronda-meronda di salah sebuah shopping kompleks, saya terkesima apabila terpandang wajah seorang remaja yang cantik rupa parasnya. Tetapi seribu kali sayang, saya melihat asap maut keluar dari mulut merah milik remaja itu yang di saluti gincu. Perempaun merokok!!!! tidak kah mereka tahu merokok membahayakan kesihatan. Saya terkilan dengan zaman modenisasi sekarang. Kalau tidak merokok tak 'macho' lah konon. Seribu persoalan, bilakah rakyat Malaysia mahu berubah kearah kehidupan yang lebih sihat???
Subscribe to:
Comments (Atom)







.jpg)